Harian Metro

Rancang letup, serang Rumah Putih

-

Washington: Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa atas tuduhan merancang serangan terhadap Rumah Putih dengan hasrat meletupkan bangunan itu menggunaka­n peluru berpandu sebelum menyerbu dengan grenad serta pistol.

Hasher Jallal Taheb didakwa di mahkamah persekutua­n di Atlanta, kata Pendakwa George, Byung Pak.

“Niatnya adalah untuk menyerang Rumah Putih dan sasaran lain di Washington DC menggunaka­n letupan dan peluru berpandu antikereta kebal,” katanya.

Tidak jelas sama ada suspek mempunyai peguam bela.

Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) bertindak atas maklumat diterima pada Mac tahun lalu mendakwa Hasher semakin berhaluan radikal.

Pada 25 Ogos 2018, Hasher mengiklank­an untuk menjual kenderaann­ya sebelum dihubungi ‘pembeli’ yang sebenarnya pemberi maklumat FBI.

Hasher memberitah­u ‘pembeli’ itu dia berhasrat melancarka­n serangan di AS terhadap sasaran seperti Rumah Putih dan Patung Liberty.

Ejen FBI yang menyamar kemudian menemuinya pada Disember 2018 dan Hasher menyatakan hasrat mahu mati syahid selain meminta ejen berkenaan mendapatka­n senjata serta letupan untuk serangan terhadap Rumah Putih.

Hasher ditahan pada 16 Januari lalu apabila menemui seorang lagi ejen yang menyamar kononnya untuk mendapatka­n letupan dan senjata lain.

Pihak berkuasa tidak mengenal pasti Hasher sebagai anggota mana-mana kumpulan militan. - NYT

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA cuba mengawal seekor lembu jantan ketika acara tahunan Jallikattu yang melihat golongan pemuda bergusti dengan haiwan itu,
di Madurai, Tamil Nadu, India. - AFP
PESERTA cuba mengawal seekor lembu jantan ketika acara tahunan Jallikattu yang melihat golongan pemuda bergusti dengan haiwan itu, di Madurai, Tamil Nadu, India. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia