Harian Metro

Sesat bawa padah

- Agensi

 Wanita bunuh teman lelaki lebih sedekad lalu ditahan selepas berhenti bertanya arah jalan

Selepas 17 tahun meloloskan diri, seorang wanita akhirnya ditangkap kerana membunuh teman lelakinya selepas dikenal pasti sistem pengenalpa­stian wajah susulan sesat dan bertanya arah jalan di pos kawalan lebuh raya.

Wanita itu dilaporkan melarikan diri ke Shanghai selepas membunuh teman lelakinya di Yunnan dan sejak lebih sedekad lalu menggunaka­n pelbagai nama samaran sehingga tidak dapat dijejaki pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, suspek yang bersama rakannya berjaya dikesan teknologi pengenalpa­stian wajah berdasarka­n pangkalan data suspek dikehendak­i.

Rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n wanita itu berjalan ke arah pos kawalan di lebuh raya Huchang pada jam 3.20 petang, 6 Januari lalu. Sebaik dia masuk ke pejabat itu, penggera berbunyi menandakan suspek dikehendak­i berada di premis itu, lapor badan penyiar CCTV.

Ketika disoal, wanita itu mengaku tiada pengenalan diri dan mendakwa namanya Zhang yang bercanggah dengan maklumat dalam sistem.

Anggota polis trafik Lu Chunhui kemudian menyuruh rakannya memanggil nama sebenar wanita itu iaitu Li Lineng dari jauh untuk melihat reaksinya. Wanita itu terus menyahut dan menoleh sebelum akhirnya menyedari identiti sebenarnya sudah diketahui.

Wanita itu akhirnya terpaksa mengaku membunuh teman lelakinya 17 tahun lalu dan sudah diserahkan kepada polis Yunnan.

Menurut laporan, polis Shanghai melaksanak­an pelbagai sistem pengenalpa­stian wajah di seluruh bandar itu pada 2018. Sejak tujuh bulan lalu, lebih 40 suspek yang diburu berjaya ditahan di pos kawalan lebuh raya Huchang itu.

 ??  ?? WAJAH Li dikenal pasti menerusi pangkalan data suspek hilang. - Daily Mail
WAJAH Li dikenal pasti menerusi pangkalan data suspek hilang. - Daily Mail
 ??  ?? LI ditahan selepas melarikan diri selama 17 tahun. - Daily Mail
LI ditahan selepas melarikan diri selama 17 tahun. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia