Harian Metro

Amer di puncak dunia

-

saingan sengit dan menyingkir­kan dua nama bekas juara dunia, Tom Joyner dan Hannes Janker apabila dia dinobatkan sebagai naib juara.

Menyelak biodata milik anak kelahiran Kuala Lumpur ini, ternyata mengujakan kerana pada usia seawal sembilan tahun dia sudah berjaya menjadi juara kejohanan go-kart di Malaysia, kemudian sehingga kini lebih 20 pusingan perlumbaan dalam pelbagai kejohanan namanya sentiasa meniti kedudukan di tangga ketiga teratas di pentas antarabang­sa.

Terbaru, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu berjaya merangkul naib juara dalam Kejohanan

X30 Asia Cup Invitation­al 2019 dalam kategori senior mengalahka­n pelumba antarabang­sa yang lebih berusia dan berpengala­man daripadany­a.

Amer berkata, dia tidak menyangka aktiviti itu yang asalnya cuma mengisi waktu santai bersama keluarga kini menjadi perkara serius dalam kehidupann­ya apatah lagi masih di alam persekolah­an.

Katanya, ketika berjaya menjadi juara dalam satu kejohanan go-kart di Malaysia, dia dipilih

Art Talent Cup Asia yang berpangkal­an di Itali untuk membimbing­nya ke peringkat lebih tinggi dan berjaya meletakkan­nya sebagai naib juara dalam kejohanan Art Talent Cup Asia 2013 membabitka­n peserta antarabang­sa.

“Bagi menyertai kejohanan go-kart bukan saja memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal, malah perlu mempunyai sumber kewangan mencukupi disokong pelbagai pihak untuk membolehka­n saya terus maju dalam sukan ini,” katanya. Bercerita lanjut,

ketika ini dia berdepan dengan cabaran kewangan untuk bertanding di Eropah selepas mendapat jemputan menyertai Kejohanan Eropah 2018 yang berlangsun­g antara Ogos hingga November ini.

Katanya, tahun lalu dia mendapat tiket untuk berlumba di Brazil dan pihak penganjur bersedia menaja segala keperluan. Bagaimanap­un, kejohanan itu tidak dapat disertai disebabkan kos tiket penerbanga­n yang tinggi.

“Dalam setiap kejohanan saya memerlukan sekitar RM20,000 dan selalunya wang persendiri­an digunakan untuk membolehka­n saya menyertain­ya. Namun kejohanan di Eropah ini, kosnya lebih tinggi dan berharap ada pihak sudi menaja.

“Saya juga mendaftar secara dalam talian dalam aktiviti kutipan dana menerusi aktiviti dana teroka di gogetfundi­ng. com yang setakat ini sudah mengumpul RM4,916 ($AS1,200). Bagaimanap­un, saya masih perlukan lagi dana tambahan,” katanya yang turut berharap pihak Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dapat menilai pencapaian­nya sebagai atlet negara.

Meskipun aktif dalam perlumbaan go-kart, pencapaian akademikny­a tidak pernah diabaikan dan sentiasa mendapat keputusan yang memberangs­angkan setakat ini.

“Selepas tamat sekolah, saya berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan kerana ingin meneruskan minat sebagai pelumba profesiona­l yang diiktiraf kelab antarabang­sa.

“Jika saya berjaya dalam bidang perniagaan kelak, saya mampu mempunyai dana sendiri untuk mencapai impian sebagai jurulatih profesiona­l atau menjadi pelumba berbayar seperti pelumba go-kart dunia yang hebat ketika ini,” katanya.

 ??  ?? Dalam setiap kejohanan saya memerlukan
sekitar RM20,000 dan selalunya wang
persendiri­an digunakan untuk membolehka­n
saya menyertain­ya.
Namun kejohanan di
Eropah ini, kosnya lebih
tinggi dan berharap ada pihak sudi menaja AKSI pantas Amer ketika di atas litar menggerunk­an
pesaing.
Dalam setiap kejohanan saya memerlukan sekitar RM20,000 dan selalunya wang persendiri­an digunakan untuk membolehka­n saya menyertain­ya. Namun kejohanan di Eropah ini, kosnya lebih tinggi dan berharap ada pihak sudi menaja AKSI pantas Amer ketika di atas litar menggerunk­an pesaing.
 ??  ?? DINOBATKAN sebagai juara Rotax Asia Challenge 2018.
DINOBATKAN sebagai juara Rotax Asia Challenge 2018.
 ??  ?? AMER (dua dari kiri) sentiasa menjadi kebanggaan keluarga.
AMER (dua dari kiri) sentiasa menjadi kebanggaan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia