Harian Metro

Teroka laluan denai

- DARI MUKA 57

Katanya, sebagai pengembara sudah pastinya destinasi yang ada tempat bermalam yang baik menjadi idaman. Ternyata di kawasan itu, terdapat banyak chalet dan resort yang disediakan untuk pengunjung.

“Selalunya jika mengembara di kawasan hutan kami bersedia untuk berkhemah kerana tidak ada kemudahan seperti chalet atau resort, tetapi di sini ada banyak tempat menginap yang selesa dan harga ditawarkan juga berpatutan serendah RM50 seorang tanpa mengetepik­an aspek kebersihan,” katanya.

Katanya, bagi mengakses Taman Negara pengunjung perlu mendaftar di pejabat taman berkenaan yang berhampira­n pintu masuk. Caj yang dikenakan sangat berpatutan dan urusan pendaftara­n juga mudah.

Katanya, pada hari pertama berada di sana, dia berpeluang menerokai laluan denai menuju ke Lubok Simpon iaitu salah satu lokasi menarik untuk aktiviti bermandi-manda meskipun tidak terdapat air terjun di kawasan berkenaan.

“Sebenarnya terdapat banyak trek boleh digunakan untuk menerokai kawasan sekitarnya yang menarik. Memandangk­an kami agak keletihan kerana sepanjang malam berjaga menuju ke Taman Negara, jadi trek laluan yang mengambil masa hanya 20 minit dari tempat penginapan ke Lubok Simpon menjadi pilihan.

“Pada masa sama, trek laluan ke sana juga boleh dikatakan agak mudah kerana ada papan tanda dan penunjuk arah ke kawasan berkenaan. Ternyata sebaik tiba di sana, aktiviti untuk bermandi-mandi amat sesuai sekali,” katanya.

Pada hari kedua, dia bersama rakan mengambil kesempatan menerokai Air Terjun Teras yang hanya boleh diakses menaiki bot pelancong sebagai pengangkut­an kepada pengunjung.

“Dalam perjalanan ke situ pemandu bot sengaja membasahka­n penumpang yang lengkap memakai jaket keselamata­n dengan percikan air sungai. Malah, kami seakan-akan sentiasa menanti kejutan itu.

“Tiba di kawasan ditujui, kami semua perlu melalui jalan denai yang diketuai juruarah yang mengambil masa 20 minit dan melalui beberapa batang anak sungai.

“Jujurnya, pengembara­an ringkas ini melebihi apa yang saya jangkakan. Malaysia sememangny­a mempunyai alam semula jadi yang menarik untuk diterokai. Malah, kemudahan pengunjung juga tidak diketepika­n,” katanya. - Hafiz Ithnin

 ??  ?? PANORAMA menarik di sungai Taman Negara.
PANORAMA menarik di sungai Taman Negara.
 ?? Mashitah ?? Tiba di kawasan ditujui, kami semua perlu melalui jalan denai diketuai juruarah yang
mengambil masa 20 minit
dan melalui beberapa batang
anak sungai LALUAN bersemak ketika menuju ke Air Terjun Teras mencabar perjalanan.
Mashitah Tiba di kawasan ditujui, kami semua perlu melalui jalan denai diketuai juruarah yang mengambil masa 20 minit dan melalui beberapa batang anak sungai LALUAN bersemak ketika menuju ke Air Terjun Teras mencabar perjalanan.
 ??  ?? PERCIKAN air ketika di dalam bot menuju ke kawasan air terjun sentiasa dinanti penumpang.
PERCIKAN air ketika di dalam bot menuju ke kawasan air terjun sentiasa dinanti penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia