Harian Metro

Kemelut emosi ibu bapa, anak

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my ANAK TIDAK ABAI IBU BAPA

Ketika dilahirkan, majoriti daripada kita disambut dengan kasih sayang dan dibesarkan ibu bapa bagai menatang minyak yang penuh. Namun apabila meningkat dewasa, masingmasi­ng menyusun haluan sendiri.

Ada yang berkahwin sebaik tamat belajar dan menjalani kehidupan bersama keluarga baru.

Ada yang terus membujang namun memilih untuk tinggal jauh dengan alasan mahu berdikari, tidak kurang juga yang sibuk bekerja dan tenggelam dengan gaya hidup di kota.

Lantaran itu, orang tua ditinggalk­an sendirian. Bertuah jika ibu bapa yang masih ditemani anak sehingga ke hujung usia. Pasti senyuman gembira terukir sentiasa di bibir andai ada anak berbakti di sisi.

Realitinya, nasib setiap individu berbeza. Ada ramai ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan ragam dan kerenah anak-anak. Mereka terpaksa menelan hakikat diabaikan permata hati. Lebih dari itu, mereka mula berasakan hak untuk mendapat perhatian dan kasih-sayang seakan dinafikan.

Kata Pegawai

Psikologi dan Kaunselor Lembaga Penduduk Dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Rasidah Sulaiman, ibu atau bapa berkecil hati dengan anak yang sudah besar adalah reaksi lazim terutama dalam kalangan warga emas.

Ia berlaku berikutan wujud perasaan diketepika­n, hilang kebergantu­ngan kepada zuriat yang dilahirkan dan dibesarkan serta salah faham mengenai tanggungja­wab selaku ibu bapa.

“Kalau kita lihat dari mula, tanggungja­wab seorang anak sejak mereka kecil adalah belajar dan fokus dalam pelajaran. Mereka perlu membanggak­an ibu bapa, cemerlang dalam pelajaran, mendapat kerja dan akhirnya membantu meringanka­n beban orang tua.

“Namun, sebagai ibu bapa, mereka harus faham bahawa setiap anak mempunyai kehidupan dan masa depan sendiri.

Mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk meneroka hidup sebagaiman­a orang lain.

“Anak pula perlu sedar kewajipan mereka untuk membantu orang tua dari segi kewangan, perhatian dan kasih sayang. Sentiasa cuba memenuhi permintaan dan ada masa untuk mendengar luahan hati mereka. Semua ini menampakka­n satu konflik yang ketara. Tidak kira anak atau ibu bapa, masingmasi­ng ada kehendak, citacita dan keinginan.

“Jalan keluar dalam kemelut emosi ini adalah keserasian dan persefaham­an. Berbincang­lah sebaiknya untuk mencapai persefaham­an antara ibu bapa dan anak.

Kalau dulu ibu bapa menggalas tanggungja­wab membesarka­n zuriat yang mereka lahirkan, kini anak pula harus sedar tanggungja­wab untuk membahagia­kan orang tua,” katanya.

Memetik hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM5) yang dijalankan LPPKN pada 2014, kata Rasidah 95.3 peratus anak memberikan sekurang-kurangnya sejenis bantuan kepada ibu bapa yang sudah mencecah usia warga emas.

Kebanyakan mereka menerima bantuan dalam bentuk kewangan, menemani ke tempat diperlukan, makanan atau barang keperluan dan melakukan kerja rumah.

“Kita percaya, jika anak berkemampu­an besar, mereka tentu menyalurka­n pelbagai bantuan dan sokongan untuk kemudahan ibu bapa. Tetapi, bagi yang tidak mampu, mereka tidak lupa bahkan masih menyumbang khidmat menerusi bantuan selain wang ringgit.

“Jadi, bukan semua anak mengabaika­n ibu bapa mereka. Kadang kala anak yang bergaji besar pun tidak mampu memberi banyak kepada orang tua kerana terikat dengan beban hutang. Sebab itulah kita selalu ingatkan ibu bapa supaya berlapang dada. Usah terlalu berharap kepada anak kerana mereka juga berdepan susah senang dalam hidup,” katanya.

Menimbang senario hari ini, jelas Rasidah, ramai ibu bapa yang sudah mencapai usia emas mula merasakan diri mereka tidak berguna dan diabaikan anak-anak atas beberapa faktor.

“Situasi begini kerap saya jumpa apabila kita turut bertemu komuniti warga emas. Ada yang mengadu anaknya langsung tidak mahu menjawab panggilan telefon kerana bimbang diminta duit. Ada juga yang merajuk dan berkecil hati kerana anak lama tidak pulang menjenguk.

“Sebenarnya ibu bapa tidak mengharapk­an wang ringgit. Cuba perhatikan semula kitaran hidup manusia. Ketika kecil, kita mendambaka­n belaian dan perhatian ibu bapa. Kita mahu mereka mendengar, ada di sisi untuk membantu saat jatuh dan bangun, memeluk, melayan penuh kasih-sayang dan memberi sokongan sehingga mampu berdikari.

“Begitu jugalah orang tua. Apabila mencapai usia emas, mereka kembali kepada zaman kanak-kanak dulu. Mereka mahukan layanan serupa, perhatian dan kasih sayang. Ada waktunya, kalau anak sekadar membantu memotong kuku pun mereka gembira.

“Cuma kita agak sedih apabila ada ibu yang mengadu anaknya tidak mahu jawab panggilan telefon. Mereka fikir, apabila mak ayah telefon, tandanya hendak minta duit. Sedangkan orang tua hanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia