Harian Metro

Kacang hijau BUKAN SEKADAR MAKANAN

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Selain enak dijadikan hidangan juga boleh dibuat pupur, skrub wajah

Mengintai dapur kebanyakan ibu yang rajin memasak di rumah, tentu kacang hijau tidak pernah terkecuali dalam stok simpanan. Selain enak dibuat bubur manis, tepungnya pula banyak digunakan dalam penyediaan kuih tradisiona­l seperti kole kacang dan putu.

Bagi wanita yang kreatif, kacang hijau bukan setakat dijadikan juadah, tetapi turut dimanfaatk­an untuk kerja kraf tangan, mengawal masalah kesihatan tubuh dan menghasilk­an bahan perawatan kulit.

Bayangkan, butiran halus ini bukan calang-calang, tetapi mempunyai ribuan manfaat untuk kesejahter­aan diri penggunany­a. Ini kerana, kacang hijau mengandung­i sumber protein yang sangat baik, rendah lemak, tinggi serat dan antioksida­n.

Ia juga kaya dengan kalsium, zat besi, zink, kalium, fosfor, vitamin A, B, C, E dan K serta folat. Melengkapi nutrisi kacang hijau adalah manganese, selenium, magnesium dan karbohidra­t. Jadi, sudah semestinya semua zat dan khasiat ini menawarkan pelbagai manfaat berbeza untuk tubuh.

Di kebanyakan spa dan pusat perawatan wajah yang mementingk­an penggunaan bahan alami, tepung kacang hijau yang dicampur susu, madu atau yogurt dijadikan pupur wajah.

Kacang hijau yang direndam semalaman dan dikisar bersama kelapa pula dijadikan skrub untuk menyental tubuh, khususnya bahagian pelipat, bawah lengan, leher, siku dan kaki. Berikut antara resipi ringkas yang boleh dijadikan panduan untuk perawatan wajah di rumah. Modalnya tidak besar, namun kepuasan diperoleh pasti menyenangk­an. Minyak aromaterap­i lavender Kain bersih

1. Kisar kacang hijau dan pindahkan ke dalam mangkuk yang kering.

2. Letak dua titis minyak aromaterap­i dalam air suam dan celupkan kain. Perah sedikit.

3. Dalam keadaan wajah yang bersih, tekap kain.

4. Urut wajah perlahan-lahan dan biar kain terus menekap muka antara 10 ke 15 minit.

5. Alih kain dari wajah dan oles serbuk kacang hijau seperti rutin pemakaian pupur biasa.

6. Urut perlahan-lahan dan bilas dengan air sejuk sehingga bersih.

7. Keringkan wajah. Bahan-bahan

1 cawan kacang hijau (dikisar halus)

3 sudu yogurt asli

1 camca madu

1. Masukkan yogurt dan madu ke dalam mangkuk bersih.

2. Campur serbuk kacang hijau sedikit demi sedikit.

3. Kacau sehingga mencapai kepekatan bersesuaia­n.

4. Oleskan campuran pada wajah yang sudah dibersihka­n dan biarkan antara 20 hingga 30 minit, sehingga pupur kering.

5. Bilas dengan air sejuk dan lap wajah dengan tuala.

 ??  ?? KACANG hijau banyak manfaat untuk tubuh.
KACANG hijau banyak manfaat untuk tubuh.
 ??  ?? REHATKAN diri dengan pupur kacang hijau
di rumah.
REHATKAN diri dengan pupur kacang hijau di rumah.
 ??  ??
 ??  ?? SERBUK atau tepung kacang hijau sesuai dibuat pupur dan skrub.
SERBUK atau tepung kacang hijau sesuai dibuat pupur dan skrub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia