Harian Metro

‘SAYA BUKAN PILIHAN’

- AFP

 Maria akui Caroline sebagai pilihan persaingan mereka

Maria Sharapova menganggap dirinya sebagai bukan pilihan apabila berdepan juara bertahan Terbuka Australia, Caroline Wozniacki pada pusingan ketiga hari ini, walaupun dia memegang lima gelaran Grand Slam berbanding satu oleh pemain Denmark itu.

Maria bergelut kembali ke prestasi sebenarnya sejak kembali daripada penggantun­gan pada 2017 dan diletakkan sebagai pilihan ke-30 dalam kejohanan itu, manakala Caroline di ranking ketiga selepas merangkul gelaran ‘major’ pertamanya di Melbourne Park tahun lalu.

Namun pemain berusia 31 tahun dari Russia itu mula menampakka­n kehebatann­ya pada kejohanan tahun ini apabila hanya tercicir tiga permainan dalam dua pusingan pertama.

Ketika ditanya siapa pilihan untuk menang pada perlawanan hari ini, Maria mengakui dia hadir sebagai lawan underdog.

“Di atas kertas, jika anda melihat kepada angka, ya, sudah tentu,” kata Maria.

“Dia (Caroline) adalah pemain nombor tiga dunia. Maksud saya, ia menggambar­kan prestasi permainann­ya, keyakinan, dan semua aspek.

“Dia suka bermain di sini, apa saja tentang kejohanan ini. Sudah pasti perlawanan sukar menanti saya.”

Maria dan Caroline pernah bertembung 10 kali dengan rekod 6-4 berpihak kepada bintang Russia itu.

Sementara itu, pemain pilihan keempat dari Jepun, Naomi Osaka menewaskan Tamara Zidansek secara ‘straight set’ untuk mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia dengan dia kini menyasarka­n gelaran kedua Grand Slam.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu menumpaska­n pemain bukan pilihan dari Slovenia 6-2, 6-4 untuk menempah pertemuan dengan pemain dari Taiwan, Hsieh Su-wei pada pusingan seterusnya.

Pemain berusia 21 tahun itu bergelut untuk menamatkan saingan meskipun memulakan aksi dengan baik sebelum kembali mengawal permainan ke atas pemain ke-78 dunia itu.

“Saya ingatkan servis saya sudah cukup baik, ini kali pertama saya menentang Zidansek, jadi secara jujurnya, saya gembira untuk memenangi perlawanan ini,” kata Naomi.

Pada masa sama, dia menjangkak­an saingan sengit akan ditunjukka­n Hsieh yang pernah ditewaskan­nya dalam satu-satunya pertemuan membabitka­n mereka sebelum ini.

“Dia turut beraksi cemerlang jadi sudah pasti aksi itu akan bertambah menarik.”

 ??  ??
 ??  ?? CAROLINE
CAROLINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia