Harian Metro

Aura Heung-min

-

Kehadiran penyerang Tottenham bantu Korea Selatan atasi China

Korea mengetuai Kumpulan C dengan sembilan mata penuh dalam misi menamatkan kemarau 59 tahun kejuaraan

Piala Asia.

“Sudah tentu saya letih, saya tak jangka bermain dalam tempoh lama,” kata kapten Korea, Heung-min walaupun dia dikerah Spurs dengan mengharung­i 13 perlawanan sejak permulaan Disember lalu, termasuk ketika tewas kepada Manchester United 0-1 dalam aksi terakhir.

“Tetapi ini satu penghormat­an memakai jersi merah dan menjadi kebanggaan beraksi untuk pasukan negara. Aksi pertama saya dalam kejohanan ini, 2-0 tanpa bolos, cukup menggembir­akan!”

Sebelum ketibaan Heung-min, Korea mencatat kemenangan kurang meyakinkan apabila menewaskan Filipina dan Kyrgyzstan masing-masing dengan keputusan 1-0.

Korea yang terkenal dengan kemaraan ke separuh akhir Piala Dunia 2002 gagal untuk memenangi Piala Asia sejak menjuarain­ya sebanyak dua kali berturut-turut pada 1956 dan 1960. Skuad China kendalian Marcello Lippi muncul naib juara

kumpulan turut mengesahka­n tempat ke peringkat 16 terakhir selepas menang dua perlawanan pertama mereka dengan menewaskan Kyrgyzstan 2-1 dan Filipina 3-0. Bagaimanap­un mereka jelas sukar menandingi Korea.

“Secara jujurnya Korea lebih kuat. Mereka lebih laju, teknikal mereka lebih hebat dan beraksi dalam tempo tinggi,” kata Lippi yang skuadnya akan menentang Thailand di peringkat seterusnya.

“Kami perlu menerima hakikat itu dan fokus perlawanan seterusnya.”

Iran yang memburu kejuaraan dalam tempoh 43 tahun gagal mempamerka­n prestasi memberangs­angkan di Dubai tetapi masih mampu muncul juara Kumpulan D berdasarka­n perbezaan jaringan dengan Iraq selepas membelasah Yaman 5-0 dan Vietnam 2-0.

Dalam perlawanan lain, jaringan hatrik Vitalij Lux menyingkir­kan anak buah Sven-Goran Eriksson 3-1 dan Kyrgyzstan mara dari Kumpulan C sebagai pasukan tempat ketiga terbaik.

Stephan Schrock menjaringk­an gol buat Filipina pada minit akhir perlawanan, gol pertama mereka dalam sejarah Piala Asia dan disambut dengan meriah oleh penyokong.

Vietnam pula mengatasi cabaran Yaman 2-0 hasil jaringan sepakan percuma menarik Nguyen Quang Hai dan penalti Que Ngoc Hai, sekali gus menghidupk­an sisa peluang mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia