Harian Metro

CR7 julang Juventus juarai Piala Super Itali

- AFP

Penyerang prolifik Korea Selatan dan Tottenham, Son Heung-min menjadi nadi kemenangan 2-0 pasukannya ke atas China kelmarin untuk menduduki tangga teratas kumpulan dalam saingan Piala Asia.

Iran yang juga pasukan pilihan turut mara selepas muncul juara kumpulan walaupun seri tanpa jaringan menentang musuh ketat, Iraq manakala Kyrgyzstan yang beraksi kali pertama di kejohanan itu turut mara.

Hwang Ui-jo dan Kim Min-jae menjaringk­an gol buat Korea dalam perlawanan yang berlangsun­g di Abu Dhabi itu.

Hwang menjaringk­an sepakan penalti selepas Son dijatuhkan pertahanan lawan dan sepakan sudut Heung-min ditanduk masuk oleh Kim bagi membolehka­n

(gambar)

Jeddah, Arab Saudi: Cristiano Ronaldo menjaringk­an gol tunggal perlawanan untuk memberikan Juventus trofi pertama mereka musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas AC Milan dalam saingan Piala Super Itali di Arab Saudi.

Ronaldo ditandatan­gani kelab gergasi Itali itu tahun lalu dari Real Madrid dalam usaha memburu gelaran Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak tahun 1996 menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-61.

AC Milan terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang 17 minit terakhir selepas pemain

(gambar)

tengah Ivory Coast Franck Kessie dilayangka­n kad merah kerana mengasari Emre Can.

“Saya meraih gelaran pertama bersama Juventus, jadi saya amat gembira,” kata Ronaldo yang kini memiliki 28 trofi termasuk lima Liga Juara-Juara dan kejuaraan liga dari England, Sepanyol serta Kejuaraan Eropah bersama Portugal.

“Saya benar-benar mahukan ini, bagi memulakan tahun ini dengan baik. Ini hanya permulaan, kami akan mengambil satu langkah pada satu-satu masa.

“Kami sudah mendapat piala ini, kini kami mesti terus bekerja keras untuk menjulang trofi seterusnya.”

Juventus kini mencatat kejuaraan terbanyak Piala Super Itali dengan lapan gelaran, satu melebihi AC Milan. – AFP

 ??  ?? MIN-JAE
MIN-JAE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia