Harian Metro

Chelsea tagih kepakaran Cech

-

bola. Saya rasa kami cukup cemerlang dalam perlawanan ini.”

Selepas Southampto­n terselamat daripada ketinggala­n berikutan VAR menafikan jaringan Craig Bryson untuk Derby di babak pertama, Saints mendahului permainan menerusi tandukan Stuart Armstrong pada minit ke-68.

Nathan Redmond menambah jaringan dua minit kemudian untuk meletakkan Southampto­n di hadapan dengan kelebihan dua gol. Kedua-dua gol Southampto­n turut dirujuk kepada VAR tetapi drama dengan teknologi itu berterusan.

Derby merapatkan jurang ketika permainan berbaki 14 minit apabila sepakan percuma Harry Wilson terus masuk ke gawang dan diterima VAR walaupun Southampto­n mendakwa beberapa pemain Rams berada dalam kedudukan ofsaid.

Enam minit kemudian, Martyn Waghorn menanduk masuk gol penyamaan Derby hasil hantaran lintang Wilson untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Pada perlawanan pertama di Pride Park, Derby turut ketinggala­n dua gol sebelum bangkit menyamakan kedudukan 2-2.

Derby akan berdepan kelab divisyen tiga Accrington pada pusingan keempat, manakala Southampto­n, satu mata di atas kelompok tiga tercorot liga, perlu berjuang mengelak penyingkir­an selepas kempen Piala FA berakhir. –

AFP London: Chelsea sedia menawarkan peranan penting kepada bekas penjaga gol mereka, Petr Cech selepas dia menamatkan karier bola sepaknya pada penghujung musim ini.

Penjaga gol berusia 36 tahun itu mengumumka­n persaraann­ya, kelmarin.

Dia menghabisk­an masa 11 tahun di Chelsea dan merangkul 13 trofi termasuk Liga Juara-Juara dan empat kejuaraan Liga Perdana sebelum menyertai Arsenal pada 2015. Chelsea berminat mengekalka­n hubungan baik dengan bekas pemain mereka yang banyak menyumbang kepada kejayaan kelab.

Bekas penyerang, Didier Drogba dan pemain tengah, Joe Cole kini turut berkhidmat bersama Chelsea.

Cech menyertai Chelsea dari Rennes pada 2004 dan pantas mencipta impak dengan kelab barat London apabila mencipta rekod baharu dengan 228 aksi tanpa bolos dalam semua kejohanan.

Bekas pemain antarabang­sa Republik Czech itu tinggal berhampira­n kompleks latihan di Surrey dan mempunyai hubungan baik dengan pemilik kelab, Roman Abramovich.

The Times melaporkan Cech mungkin ditawarkan bidang

>>Cech rangkul 13 trofi termasuk Liga Juara-Juara dan empat Liga Perdana

kejurulati­han atau peranan duta.

Bagaimanap­un, masih terlalu awal untuk pemain itu membuat pilihan tetapi dia tahu Chelsea mahu menggunaka­n khidmatnya.

Selepas mengumumka­n persaraan, Cech berkata: “Saya teruja menghadapi kehidupan di luar padang. Selepas 15 tahun di Liga

Perdana dan menjulang banyak trofi, saya rasa sudah mencapai sasaran.

“Saya akan terus bekerja keras di Arsenal dan berharap menang satu lagi trofi musim ini.” Agensi

 ??  ?? ARMSTRONG (tengah) beri kelebihan awal buat Saints.
WAGHORN
LAMPARD
ARMSTRONG (tengah) beri kelebihan awal buat Saints. WAGHORN LAMPARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia