Harian Metro

INSPIRASI UNITED

- Agensi

Manchester

Ole Gunnar Solskjaer mencetus kebangkita­n Paul Pogba dan berjanji skuad Manchester United akan terus memberikan sokongan padu kepada pemain tengah itu.

Perancang Perancis bernilai £89 juta (RM470.7 juta) itu dikritik hebat selepas persembaha­n kurang memberangs­angkan ketika penghujung era Jose Mourinho di Old Trafford.

Pelantikan Solskjaer sebagai pengendali sementara menjadi titik kebangkita­n prestasi bintang Piala Dunia Perancis berusia 25 tahun itu.

Dia meledak dua gol dalam setiap perlawanan di laman sendiri menentang Huddersfie­ld dan Bournemout­h.

Ahad lalu dia turut membuat umpanan cantik kepada Marcus Rashford untuk meledak gol kemenangan ke atas Spurs di Wembley.

Pogba antara nama besar yang tidak menyertai latihan semalam, namun dia dijangka kembali bersama pasukan menjelang kunjungan ke Brighton bagi meneruskan rekod kemenangan United di bawah kendalian Solskjaer.

Dia diberi kebebasan untuk berada di dalam zon menyerang dan terbukti berhasil apabila empat gol serta empat umpanan gol dihasilkan Pogba sejak United mendapat sentuhan pengendali dari Norway itu yang juga bekas bintang di Old Trafford.

Sumber United berkata, Solskjaer yakin Pogba kini adalah pemain tengah terbaik di Liga Perdana Inggeris.

 Pogba sandaran Solskjaer pacu serangan Red Devils robek Brighton

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia