Harian Metro

Jangan semberono

- Aida Adilah Mat dan Jumiaty Rosly sukanteam@nstp.com.my Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Karim tegur tindakan kritikan terbuka atlet lempar cakera negara

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim menyelar tindakan tidak profesiona­l atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin yang membuat kenyataan melulu di laman sosial Instagramn­ya.

Karim menerusi satu kenyataan menyifatka­n tindakan Irfan melepaskan kemarahan kepada Menteri Belia dan

Sukan, Syed

Saddiq Syed

Abdul Rahman bukanlah satu tindakan tepat kerana keputusan dicapai membabitka­n KOM sendiri dan tidak membabitka­n keputusan menteri.

Katanya, isu membabitka­n Irfan membabitka­n keputusan yang sudah dicapai antara KOM, Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Bagi kes membabitka­n Irfan, ia keputusan diambil dalam mesyuarat jawatankua­sa kerja olahraga bersama KOM, MSN, MOM dan ISN (Institut Sukan Negara).

“Permintaan­nya untuk berlatih di Republik Czech terpaksa ditolak kerana tidak praktikal, selain kekurangan maklumat tentang tempat

dan kepakaran latihan di sana.

“Tapi KOM menghormat­i kesungguha­n Irfan untuk mempersiap­kan dirinya sementara mendapat jurulatih baru dan KOM mengizinka­n mana-mana atlet yang mempunyai perancanga­n sendiri untuk berlatih di luar negara boleh melakukann­ya dengan syarat menanggung sendiri program itu,” kata Karim.

Sementara itu Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengingatk­an atlet di bawah program mereka supaya tidak mengambil kesempatan susulan pendekatan lembut badan induk itu dalam ‘melindungi’ atlet negara. “Secara peribadi saya amat kecewa dengan sikap Irfan khususnya selepas kami cuba membantu dia menggapai cita-citanya bukan saja dalam bidang sukan malah turut membantu meyakinkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ketika ini sudah mula kurang yakin dengannya.

“Saya suka mengingatk­an atlet negara supaya tidak mengambil kesempatan atas pendekatan lembut kami di MSN dalam melindungi dan mengusahak­an yang terbaik walaupun ada ketikanya mereka gagal menyempurn­akan tanggungja­wab. Tapi kami tetap tidak berputus asa membantu mereka mencapai prestasi terbaik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menjelaska­n dakwaan Irfan mengenai jurulatihn­ya, Frantisek Petrovic yang ditamatkan kontrak serta-merta, Shapawi berkata, dakwaan itu tidak benar kerana keputusan MSN tidak menawarkan kontrak baru kepada Petrovic adalah menerusi perbincang­an bersama antara mereka,

ISN, MOM dan KOM. Kuala Lumpur: Kontrak baharu yang ditawarkan Majlis Sukan Negara (MSN) hanya kepada sebahagian atlet nyata mengejutka­n sehingga ada segelintir daripada mereka mengambil tindakan drastik meletak jawatan.

Tempias itu turut dirasai atlet memanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang menyuaraka­n rasa tidak puas hati berhubung isu itu.

“Saya pohon, hargailah kami sebagai atlet. Hargai apa yang kami lakukan selama ini.

“Timbanglah apa yang saya dan rakan-rakan lain sumbangkan selama ini kepada negara. Semua yang kami buat adalah untuk mengharumk­an nama negara,” katanya.

Faktor pemotongan elaun dikatakan menjadi punca trio memanah compound Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lip menghantar surat meletak jawatan sebagai atlet kebangsaan.

Kata Fatin yang pernah bergelar juara dunia pada 2015, menerusi kontrak ditawarkan, ada kalangan atlet yang sebelum ini menerima elaun RM3,000 dan RM2,000 akan dipotong menjadi RM500 dan MSN menggunaka­n alasan status sebagai atlet separuh masa dan bukannya atlet sepenuh masa sebagai alasan pemotongan.

“Kami semua berjuang untuk negara. Berlatih sama seperti atlet sepenuh masa, cuma status kami adalah kerana kami tidak berada di MSN saja. “Seperti saya, belajar di USM (Universiti Sains Malaysia) saya hanya ditawarkan status atlet separuh masa. Mana mungkin dengan status sebagai pelajar dan atlet dapat mengikut jadual sepenuhnya daripada MSN.

“Saya pasti atlet yang berada di MSN pun belajar juga. Keluar ke kelas dan berlatih pagi dan petang, sama juga seperti saya berlatih pagi dan petang, tapi pemberian elaun pula sama seperti saya ini atlet baru,” katanya.

Katanya, ketika rakan lain mengambil keputusan melepaskan status sebagai atlet kebangsaan, dia masih lagi mahu bergelar atlet kerana sokongan keluarga.

“Berat untuk menerima semua ini. Tapi kerana keluarga saya masih di sini. Ibu bapa saya mengatakan bukan untuk wang ringgit tetapi maruah negara lebih utama,” katanya.

Tegas Fatin, perkara itu sudah diusulkan kepada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) bagi dibawa kepada MSN dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sementara itu MSN dalam satu kenyataan menerusi Ketua Pengarahny­a, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, satu mesyuarat jawatankua­sa kerja bagi sukan itu sudah diadakan pada Jumaat lalu dan memutuskan 10 atlet memanah recurve dan 15 atlet compound termasuk Kin Lip, Zulfadhli dan Juwaidi disenaraik­an untuk mengikuti program latihan atlet 2019.

Nama tiga atlet itu yang mengambil tindakan menarik diri sebelum ini disenaraik­an dalam program berkenaan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Filipina 2019 dan mereka harus menjalani latihan sepenuh masa di Bukit Jalil.

 ?? Fatin Nurfatehah Mat Salleh ?? Timbanglah apa yang saya dan rakan-rakan lain sumbangkan selama ini kepada negara. Semua yang kami buat adalah untuk mengharumk­an nama negara”
Fatin Nurfatehah Mat Salleh Timbanglah apa yang saya dan rakan-rakan lain sumbangkan selama ini kepada negara. Semua yang kami buat adalah untuk mengharumk­an nama negara”
 ??  ??
 ??  ?? SYED Saddiq
SYED Saddiq
 ??  ?? IRFAN
IRFAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia