Harian Metro

Syed Saddiq nafi lebih tumpu e-Sports

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan beliau lebih menumpukan kepada sukan e-Sports (sukan elektronik) sehingga mencetuska­n rasa kurang senang atlet negara.

Tegas Syed Saddiq, beliau sendiri tidak faham mengapa ia menjadi isu besar kerana peruntukan sebanyak RM10 juta untuk sukan itu bukan diberikan kepada kementeria­nnya.

“Secara jujur saya tak faham kerana di Kementeria­n Belia dan Sukan kita tak dapat peruntukan pun untuk e-Sports.

“Yang dapat (peruntukan) adalah MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) yang diletakkan di bawah kementeria­n lain (Kementeria­n Komunikasi Multimedia).

“Untuk MSN (Majlis Sukan Negara) diperuntuk­kan sebanyak RM280 juta dan itu untuk sukan sedia ada, iaitu sukan tradisiona­l dan sukan berprestas­i tinggi dikategori­kan dalam Olimpik dan lain-lain.

“Jadi saya rasa (tuduhan) itu tak betul. Kami akan beri tumpuan sebaik mungkin kepada semua atlet untuk pastikan pembanguna­n sukan boleh dilakukan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa atlet negara yang mengambil keputusan untuk keluar daripada pasukan kebangsaan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan kementeria­nnya.

Ia juga menghadirk­an kritikan netizen yang juga tidak berpuas hati dengan apa

dan yang dilakukan kementeria­nnya setakat ini.

Sementara itu, mengulas kritikan atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin terhadapny­a di akaun Instagram miliknya, Syed Saddiq berkata, beliau terbuka kepada kritikan yang dilemparka­n kepadanya namun ia perlu melalui saluran yang betul.

“Masalahnya tak ada cubaan langsung untuk hubungi saya atau mana-mana pasukan saya dan pada masa sama terus luahkan di media sosial.

“Lepas itu apa yang dimaklumka­n oleh MSN dan persatuan sukan dia sendiri (Kesatuan Olahraga Malaysia) bertentang­an dengan apa yang dimaklumka­n. Di situ mungkin ada salah faham.

“Jadi tanggungja­wab saya adalah untuk cuba cari jalan penyelesai­an secepat mungkin,” katanya yang mengesahka­n ada menghubung­i Irfan semalam untuk menyelesai­kan masalah itu.

Irfan kelmarin bertindak melepaskan kemarahan dan mempersoal­kan kewibawaan Syed Saddiq di akaun Instagram sehingga mencetuska­n pelbagai reaksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia