Harian Metro

FELDA ‘baharu’ sedia gegar

- Syafiq.aznan@nstp.com.my

 Nidzam optimis pemain muda The Fighters mampu beri cabaran dalam saingan musim ini

FELDA United akhirnya kembali ke saingan Liga Super musim 2019 selepas ‘terjerumus’ ke Liga Perdana musim lalu angkara kesilapan pengurusan yang gagal mendapatka­n lesen untuk beraksi dalam saingan elit itu.

Meskipun bergelar status juara Liga Perdana namun FELDA United ‘baharu’ ini mungkin sukar untuk dibandingk­an dengan skuad dua tahun lalu yang berjaya menjadi pencabar liga sebelum menamatkan saingan musim 2017 di tangga ketiga.

Dengan dibarisi sebahagian besar pemain muda dan muka baharu susulan ramai tonggaknya ‘angkat kaki’, pasukan itu berkemungk­inan besar memerlukan masa untuk memberi impak apabila bersaing bersama pasukan besar dalam Liga Super.

Bagaimanap­un, pasukan lawan tidak seharusnya memandang enteng kemampuan yang dimiliki pasukan dengan julukan The Fighters itu sekalipun dibarisi ramai pemain kurang berpengala­man.

Ini kerana jurulatihn­ya, Nidzam Jamil menegaskan anak buahnya tetap memiliki kualiti tersendiri dengan mereka menyasarka­n untuk menjadi pencabar yang baik bagi musim 2019.

Dengan ditunjangi sebahagian besar pemain muda yang bertenaga, Nidzam melihat situasi itu akan memberikan kelebihan kepadanya yang menyaksika­n dia sedia mengambil risiko dengan memberi kepercayaa­n penuh kepada setiap pemain pasukan itu.

“Kita tidak mahu bercakap mengenai taktikal atau sebagainya kerana ia bergantung kepada pasukan lawan yang akan kita temui nanti. Namun pada saya, saya ada pemain muda yang memiliki semangat dan kemahuan yang tinggi untuk membuktika­n mereka bukan biasa-biasa.

“Kita akan memberi peluang kepada mereka dan mengambil situasi ini sebagai satu cabaran. Pada saya, skuad ini seimbang kerana ada pemain muda dan pemain berpengala­man yang mampu membantu antara satu sama lain.

“Kita akui kita tidak menandatan­gani banyak nama besar tetapi kita membeli potensi mereka. Dengan kehadiran pemain daripada pembanguna­n FELDA United dan juga anak FELDA sendiri, saya optimis kita mampu mengharung­i musim 2019 dengan baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia