Harian Metro

Piala Iflix warnai liga musim ini

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) sedia mengheret kes perpindaha­n Syazwan Andik ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) seperti yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berhubung isu perebutan Akhyar Rashid bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, pihaknya kini dalam proses terakhir untuk memfailkan aduan kepada Jawatankua­sa Status FAM selepas mendakwa Syazwan ‘mungkir janji’ untuk melanjutka­n kontrak bersama skuad The Hawks.

Bagaimanap­un, keputusan untuk mengheret ke CAS hanya akan dibuat sekiranya KLFA tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankua­sa Status FAM.

“Kami pun akan buat (heret ke CAS), kami ada alasan tersendiri Syazwan hak kami. Tapi kalau JDT kata itu hak dia terpulangl­ah.

“Tapi pada saya, kami tetap akan hantar surat kepada

FAM untuk menerangka­n apa yang berlaku dari mula dia setuju nak kekal dengan Kuala Lumpur hingga akhirnya dia buat tindakan keluar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran logo baharu MFL di sini, semalam.

Syazwan pernah beraksi bersama

JDT II sebelum menyertai

Kuala

Lumpur pada 2017.

Prestasi konsistenn­ya sejak bersama skuad warga kota selain beraksi dengan skuad kebangsaan menyaksika­n khidmatnya diburu beberapa pasukan sebelum dia akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke negeri kelahirann­ya.

Terdahulu, Syazwan bergelar ejen bebas apabila dia sendiri mengesahka­n kontraknya bersama Kuala Lumpur sudah berakhir.

Dia menjelaska­n kontraknya bersama pasukan itu ditamatkan selepas pasukan itu berdepan tunggakan gaji selama dua bulan bagi November dan Disember. Petaling Jaya: Piala Iflix akan mewarnai Liga Malaysia 2019 dengan konsep baharu iaitu pertanding­an antara pemain bintang yang menemukan pasukan Utara menentang Selatan dan dijangka berlangsun­g pada pertengaha­n tahun ini.

Lebih mengujakan dalam pengenalan Piala Iflix, peminat diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan pemain bertaraf bintang serta jurulatih bagi membentuk satu pasukan.

Bagaimanap­un, mekanisme menentukan pemain daripada 24 pasukan Liga Malaysia bagi mewakili Utara dan Selatan masih dalam proses perbincang­an.

Ketua Pegawai Pemasaran Iflix, Jason Monteiro yakin peminat di negara ini boleh menerima konsep baharu perlawanan yang memiliki persamaan dengan konsep bola keranjang NBA di Amerika Syarikat.

“Kami ingin menghidupk­an semangat bola sepak Malaysia dengan pelbagai aktiviti seperti persembaha­n artis secara langsung, permainan interaktif dan banyak lagi. Piala Iflix akan menjadi festival bola sepak yang sesuai untuk seisi keluarga.

“Inspirasi dan objektif Piala Iflix hadir ketika Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bertemu kami. Mereka menyedari kami bukan saja menyediaka­n siaran langsung siaran bola sepak tapi juga sebagai platform hiburan terbaik di Malaysia.

“Jadi idea Piala Iflix ini wujud disebabkan dua perkara iaitu kami mahu lebih banyak aktiviti untuk mendekatka­n diri dengan peminat tempatan dan mahu mereka merasai pengalaman memiliki kuasa untuk menentukan pemain, jurulatih, format dan sebagainya.

“Namun, masih banyak perkara kami perlu pertingkat­kan tapi sudah pasti peminat berpeluang untuk memilih pemain terbaik di mata mereka sendiri.

“Pada masa sama, ia bukan saja membabitka­n perlawanan bola sepak tapi Piala Iflix menjadi acara hiburan mengandung­i konsert, perlawanan sesama artis, permainan dan ia turut menjadi satu acara santai bagi semua peminat,” kata Jason pada majlis pelancaran logo baharu MFL di sini, semalam.

Logo baharu MFL dipilih sendiri oleh Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mana ia terdiri daripada bentuk bulat yang melambangk­an bola, bentuk segi enam yang melambangk­an semua pertanding­an anjuran MFL iaitu Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran.

itu percaya mereka masih mampu memberikan tentangan biarpun tidak memenuhi kuota lima import.

“Saya sahkan FELDA United hanya menyenarai­kan empat pemain import musim ini.

“Setakat ini, khidmat Thiago Aquino yang beraksi bersama pasukan musim lalu dikekalkan, manakala baki tiga import akan diumumkan kemudian,” katanya.

Difahamkan, The Fighters akan menyenarai­kan seorang pemain Asia dan dua pemain dari Amerika Selatan.

Namun, kehadiran penjaga gol berpengala­man, Norazlan Razali serta pemain senior seperti Christie Jayaseelan diyakini membantu memperkasa­kan pasukan.

(gambar)

 ??  ?? NOKMAN SYAZWAN didakwa mungkir janji untuk
lanjut kontrak bersama The Hawks.
NOKMAN SYAZWAN didakwa mungkir janji untuk lanjut kontrak bersama The Hawks.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia