Harian Metro

Terpaksa tunda hari bahagia

- Muhaamad Hafis Nawawi dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Alor Setar: Hati mana tidak rungsing apabila impian untuk bergelar raja sehari terpaksa dilupakan buat seketika kerana dihimpit masalah kewangan selepas gaji sebagai pemain bola sepak tertunggak sehingga kini.

Hamzah Ahmad, 24, pemain tengah Perlis Northern Lions 2 (PNL2) yang sepatutnya melangsung­kan perkahwina­n dengan tunang tercinta hujung tahun lalu terpaksa menundanya akibat tidak mampu membuat persiapan selepas hilang mata pencarian.

Malah dia juga terpaksa berhutang dengan ahli keluarga sebanyak RM7,000 sehingga kini yang digunakan ketika bertunang dan sewaktu berada di Kuala Lumpur serta Perlis untuk bermain.

Hamzah berkata, kali terakhir dia menerima bayaran gaji sebelum Aidilfitri tahun lalu dan sejak itui tidak menerima apa-apa bayaran.

“Akibatnya saya yang tinggal bersama nenek di Batu 5, Simpang Empat Kangkong terpaksa menyara hidup dengan mengambil upah mengerjaka­n bendang dan membantu menjual air dengan bayaran sekitar RM50 sehari.

“Bayaran diterima pun hanya cukup untuk menyara diri sendiri jadi tidak mungkin saya dapat melangsung­kan perkahwina­n dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui ketika menjual air di hadapan Maktab Mahmud, di sini, semalam.

Menurutnya, dia bertunang April tahun lalu dengan gadis pilihan berasal dari Negeri Sembilan di mana sepatutnya mereka berkahwin pada hujung tahun lalu.

“Namun akibat tiada pendapatan, saya terpaksa menangguh ke Mac, ini namun melihat situasi sekarang ini saya terpaksa menunda sekali lagi ke hujung tahun ini.

“Mujur keluarga tunang memahami dan saya sendiri rungsing serta berharap pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) bertanggun­gjawab melunaskan gaji kami,” katanya yang masih belum menerima bayaran RM16,000.

Katanya, mereka juga tidak dapat ke pasukan lain kerana terikat dengan kontrak yang ditandatan­gani sehingga 2020 selepas PFA berjanji sebelum ini ingin membuat pembayaran gaji.

“Saya tidak sangka begini nasib saya apabila niat ingin pulang ke kampung dan tinggal dekat bersama keluarga menjadi sebaliknya.

“Sebelum ini ketika bermain dengan pasukan bawah 21 tahun Negeri Sembilan dan DBKL saya mampu membantu keluarga mengirim wang kepada mereka, namun kini tidak lagi malah untuk menyara diri sendiri pun tidak cukup,” katanya.

Dia juga tidak dapat menjalani latihan yang diadakan di Kuala Lumpur kerana tidak mampu menanggung perbelanja­an termasuk penginapan, makan minum dan pengangkut­an.

 ?? FOTO: ?? HAMZAH (kanan) mencari rezeki dengan bekerja sebagai penjual air minuman di kedai milik rakannya.
FOTO: HAMZAH (kanan) mencari rezeki dengan bekerja sebagai penjual air minuman di kedai milik rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia