Harian Metro

Gadai kapcai demi sesuap nasi

- Muhaamad Hafis Nawawi dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Kangar: Lupakan saja makanan mewah, malah untuk membeli beras pun tidak mampu sehingga terpaksa mengalas perut dengan kuih muih yang dibeli di warung berhampira­n rumah sejak dua bulan lalu.

Lebih menyedihka­n akibat kehilangan punca pendapatan menyebabka­n pemain pertahanan, Perlis Northern Lions 2 (PNL2), Hafizi Mat Podzi, 24, yang tinggal bersama neneknya Gayah Man, 85, hanya menjamah nasi beberapa kali sahaja dalam masa seminggu.

Selebihnya mereka berdua terpaksa menahan lapar dan mengalas perut dengan memakan kuih yang menjadi hidangan pagi dan malam.

Kemuncakny­a, demi sesuap nasi, Hafizi nekad menjual motosikal kapcai kesayangan­nya semalam untuk membeli makanan dan membayar bil utiliti rumah.

Menurutnya, dia dan neneknya hanya menjamah kuih yang dibeli di warung berhampira­n di sebelah pagi sebelum menyimpan lebihannya untuk dimakan pada sebelah malam.

“Kami tahu ramai yang mengecam PNL2 seolah kami ini pasukan yang tidak mengenang budi, tapi cuba bayangkan sekiranya mereka berada di tempat kami bermain bola tanpa gaji untuk tujuh bulan?

“Saya terpaksa menjual motor kapcai kesayangan saya semata-mata nak membeli makanan kami berdua dan membayar bil bulanan rumah.

“Itu belum dikira antara kami yang terpaksa menundakan tarikh perkahwina­n berkali-kali kerana tidak dibayar gaji,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Guar Syed Alwi, di sini, semalam.

Hafizi yang kini bekerja sebagai pemasang papan tanda berkata, pekerjaann­ya itu tidak tetap dan hanya dipanggil masuk bekerja jika diperlukan.

“Malah gaji hanya berjumlah RM30 sehari, dengan duit itulah saya gunakan untuk perbelanja­an harian keluarga.

“Saya juga terpaksa menunda tarikh perkahwina­n yang sepatutnya berlangsun­g pada Ogos tahun lalu dan lega keluarga kekasih begitu memahami keadaan saya,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan 18 pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL2) sanggup mengetepik­an rasa malu untuk mencari rezeki dengan melakukan apa saja pekerjaan selagi puncanya halal.

Mereka turut meluahkan kekecewaan selain menyesal selepas niat baik untuk menabur bakti di negeri sendiri bertukar mimpi ngeri apabila kini terpaksa hidup berjimat cermat akibat hilang mata pencarian.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyelar tindakan segelintir pemain Perlis yang cuba memburuk-burukkan imej persatuan bola sepak negeri itu yang kini dalam fasa perubahan selepas kepemimpin­an baharu mengambil alih Oktober lalu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi

berkata, isu tunggakan gaji yang cuba ‘dimainkan’ oleh pemain dari Piala FAM itu sebenarnya sudah diperjelas­kan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang bersedia memotong geran tahunan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sekiranya mereka gagal melunaskan tunggakan dalam tempoh 60 hari bermula 28 Disember lalu.

Katanya, PFA juga bersetuju dengan syarat MFL itu dan sekiranya PFA gagal, gaji mereka akan dibayar menerusi geran itu.

“Bagi saya, ini cubaan pihak tertentu yang mahu

(gambar)

 ??  ?? HAFIZI bersama neneknya, Gayah di rumah mereka di Kampung Guar Syed Alwi, semalam.
HAFIZI bersama neneknya, Gayah di rumah mereka di Kampung Guar Syed Alwi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia