Harian Metro

Sengaja sabotaj

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

 Yusoff selar tindakan segelintir pemain Perlis cuba jatuhkan kepemimpin­an baharu

memburukka­n imej PFA, sedangkan mereka tahu PFA ketika ini dipimpin presiden baharu.

“Sudah tentu PFA perlukan masa untuk mengubah struktur dan sistem persatuan termasuk cuba menyelesai­kan tunggakan gaji pemain. Malah, FAM dan MFL sendiri bukan senang-senang membenarka­n Perlis bermain di Liga Perdana sekiranya mereka tidak mempunyai sumber kewangan kukuh untuk mengharung­i kempen liga musim ini.

“Seperti yang sudah diterangka­n oleh MFL sebelum ini, kalau PFA gagal selesaikan isu gaji hingga tempoh yang diberikan, geran RM1 juta yang diperuntuk­kan kepada pasukan akan dipotong dan dibayar kepada pemain.

“Jadi saya mohon mereka bersabar dan beri masa kepada PFA. Sebab tindakan mereka bukan saja merosakkan imej PFA, malah memberi kesan kepada MFL dan FAM sebagai badan pentadbir liga dan bola sepak negara,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran logo baharu MFL di sini, semalam.

Menerusi pendedahan Sukan NSTP sejak kelmarin, sebahagian daripada 18 pemain Perlis yang beraksi dalam saingan Piala FAM musim lalu mendakwa tidak menerima tunggakan gaji seperti dijanjikan PFA hingga mereka terpaksa melakukan pekerjaan lain seperti nelayan dan menjual burger untuk menyara hidup.

Susulan pendedahan kumpulan pemain itu, isu pemilihan Perlis yang dinaikkan ke Liga Perdana juga turut dibangkitk­an.

“Itulah saya katakan tadi, isu ini seolah-olah sengaja dibangkitk­an untuk memburukka­n imej PFA, MFL dan FAM.

“Pemilihan Perlis dibuat berdasarka­n beberapa kriteria termasuk kekuatan kewangan pasukan. Kami tidak semewang-wenangnya membenarka­n pasukan yang tidak mempunyai kekuatan sumber kawangan untuk bersaing di Liga Perdana.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia