Harian Metro

Skuad Futsal Perlis sambar 19 pemain kebangsaan

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Skuad futsal Perlis tampak serius untuk mencabar kejuaraan Liga Futsal Profesiona­l Malaysia tahun ini selepas memborong 19 pemain kebangsaan.

Jumlah itu membabitka­n sembilan pemain lelaki dan 10 wanita yang akan menjadi taruhan skuad Singa Utara dalam usaha Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) melakukan transforma­si pasukan futsal mereka.

Malah Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie meletakkan sasaran untuk muncul juara dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita pada liga kali ini.

Beliau turut menjelaska­n skuad futsal lelaki dan wanita Perlis akan mengharung­i persiapan pramusim di Uzbekistan.

(gambar)

“Insya-Allah pramusim itu akan diadakan bulan depan, tapi kami mesti lengkapkan barisan pemain. Cuma jangan pula kata kami berbelanja besar.

“Kami ada kerjasama di Uzbekistan, nanti orang salah faham. Kami juga ada kerjasama dengan Indonesia, memang perancanga­n kami nak bawa skuad futsal jalani latihan di Indonesia selain Uzbekistan,” katanya pada sidang media memperkena­lkan skuad futsal Perlis, di sini semalam.

Pada majlis itu, Ahmad Amizal turut mengesahka­n syarikat barangan sukan Joma sebagai penaja skuad futsal Perlis dengan jumlah tajaan kira-kira RM50,000 semusim.

Antara pemain kebangsaan yang menyertai skuad futsal lelaki Perlis adalah Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Mohd Azwan Ismail dan Saiful Nizam Mohd Ali manakala skuad wanita pula diperkuatk­an dengan Intan Sarah Anisah Zulgafli, Hanis Farhana Shamsul Azizan dan Siti Asnidah Zamri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia