Harian Metro

PERTARUHAN RM1 JUTA

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Lumayan ‘giler’ RM1 juta sebulan. Itulah purata jumlah pertaruhan yang dikendalik­an satu sindiket perjudian terbesar di negeri ini sejak beberapa bulan lalu.

Sindiket perjudian itu menggunaka­n sebuah rumah dua tingkat di kawasan kejiranan elit lengkap berpagar dan kawalan keselamata­n di Batu Kawa untuk memastikan ‘operasi’ mereka tidak dihidu pihak berkuasa sejak dua bulan lalu.

Namun, hasil risikan dan maklumat awam sejak beberapa hari lalu, sepasukan pegawai dan anggota polis menyerbu rumah berkenaan jam 9.30 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak,

Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, dalam serbuan berkenaan, polis menahan 13 individu masing-masing sembilan lelaki dan empat wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Menurutnya, lima daripada suspek yang ditahan warga tempatan manakala selebihnya warga asing dipercayai menjadi operator kepada aktiviti perjudian atas talian yang beroperasi di premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati sindiket perjudian ini sering bertukar lokasi untuk menjalanka­n aktiviti haram mereka kerana bimbang dihidu pihak berkuasa.

“Rumah berkenaan dijadikan pusat sehenti untuk mengendali­kan aktiviti perjudian atas talian seperti menyediaka­n taruhan menerusi kaedah prabayar selain turut mempromosi­kan aktiviti haram itu menerusi laman sosial secara rambang,” katanya ketika ditemui semalam.

Dennis berkata, polis turut menyita tujuh komputer bersama 29 telefon bimbit yang digunakan dalam kegiatan perjudian atas talian berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, semua suspek ditahan di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka dan 4(1)(c) dan (d) Akta Pertaruhan 1953.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa lokasi penemuan tengkorak oleh penduduk di Pantai Kuala Tatau.
ANGGOTA polis memeriksa lokasi penemuan tengkorak oleh penduduk di Pantai Kuala Tatau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia