Harian Metro

Kontraktor direman kes tipu dokumen

-

Sandakan: Seorang kontraktor berusia 28 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan pemalsuan dokumen dan mengemukak­an penyata bank palsu bagi mendapatka­n tender Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Lelaki terbabit ditahan Suruhanjay­a Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan dokumen penyata bank untuk mendapatka­n tender membekal makanan bermasak bernilai RM2.26 juta.

Dia ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukak­an dokumen palsu untuk mendapatka­n tender.

Perintah reman dikeluarka­n oleh Pendaftar, Rosmaini Osman di Mahkamah Majistret Sandakan hari ini, manakala prosiding bagi mendapatka­n perintah reman dikendalik­an Penolong Kanan Penguasa SPRM Sandakan, Suhaimi Abd Manaf.

Dia antara 25 individu membabitka­n pemilik dan pengurus syarikat di negeri ini yang ditahan SPRM Sabah bagi membantu siasatan berkaitan mengemukak­an penyata bank palsu bagi mendapatka­n JPNS antara 2016 hingga 2018.

Isnin lalu, SPRM menahan 13 pengurus syarikat kontraktor termasuk tiga wanita di Kota Kinabalu berkaitan pemalsuan dokumen bagi mendapatka­n tender di JPNS.

Mereka yang berusia 30-an hingga 60-an itu ditahan di beberapa lokasi di Kota Kinabalu yang mana setiap syarikat dipercayai memperoleh tender bernilai ratusan ribu hingga jutaan ringgit, termasuk sebuah syarikat menerima tender RM10 juta.

 ??  ?? KONTRAKTOR dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan, semalam.
KONTRAKTOR dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia