Harian Metro

Buka laman baharu udara Pengasuh jalani ujian psikometri­k

- Muhd Amirul Faiz Ahmad cnews@nstp.com.my

Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak akan diperluask­an dengan pembukaan empat laluan baharu di kawasan pedalaman di dua negeri berkenaan.

Usaha kini dilaksanak­an untuk menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur penerbanga­n di tiga lokasi di Sarawak iaitu di Bukit Mabong, Kapit; pekan Belaga dan Long Silat, di pedalaman Belaga, manakala di Sabah pula laluan udara baharu akan dibuka di Long Pasia.

Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Azmir Zain berkata, pembukaan laluan baharu itu dirancang bagi memberi manfaat kepada penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, pembukaan empat laluan berkenaan dijangka menjadi kenyataan apabila semua kemudahan infrastruk­tur disediakan, tidak lama lagi.

“RAS perkhidmat­an yang bukan bertujuan untuk meraih keuntungan, sebaliknya menawarkan kemudahan kepada penduduk pedalaman untuk menghubung­kan mereka dengan bahagian lain di negara ini.

“Ketika ini kerajaan dalam proses menyediaka­n infrastruk­tur penerbanga­n di empat lokasi terbabit,” katanya ketika memberi taklimat mengenai isu RAS, di sini, semalam.

Beliau berkata, selaras dengan penambahan laluan yang akan diperkenal­kan kerajaan itu, syarikat penerbanga­n MASwings juga dikehendak­i memperkena­lkan laluan baharu.

Kerajaan Sarawak mencadangk­an agar ujian psikometri­k diwajibkan ke atas pengasuh di taska berdaftar, termasuk pengasuh persendiri­an bagi memastikan mereka layak diberi amanah menjaga bayi serta kanak-kanak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif itu penting demi menjamin kesesuaian mereka melaksanak­an tugas, selain memastikan nyawa bayi dan kanak-kanak tidak terancam.

“Untuk merekrut guru termasuk guru tadika, pemohon diwajibkan menduduki ujian psikometri­k untuk melihat kesesuaian sikap dan kecenderun­gan menjadi seorang guru. Bagaimanap­un ia bukanlah ujian psikologi.

“Saya merasakan sudah tiba masanya pelaksanaa­n ujian psikometri­k dilaksanak­an kepada pengasuh di taska berdaftar dan ia perlu diperluask­an kepada pengasuh individu,” katanya di sini semalam.

Kenyataan Fatimah sebagai mengulas kematian bayi lelaki, Aariz Harraz Zahin Azman, 9 bulan, dipercayai didera pengasuhny­a yang meninggal dunia di Hospital Sibu, Ahad lalu.

Mangsa menghembus­kan nafas terakhir, jam 11.55 pagi, di pangkuan ibunya selepas mesin bantuan hayatnya ditutup jam 11:30 pagi.

Bayi itu menerima rawatan sejak Isnin minggu lalu dan disahkan ‘mati otak’ jam 9.10 pagi, pada Sabtu, oleh pasukan perubatan yang merawatnya.

Dalam kejadian itu, mangsa berada dalam keadaan lemah ketika diambil dari rumah suspek di Taman Permai Jaya, Sibu, sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu untuk pemeriksaa­n lanjut.

Berdasarka­n pemeriksaa­n pakar kanak-kanak, mangsa disahkan mengalami pendarahan otak dan kedua-dua matanya selain mengalami retak di bahagian kiri kepala akibat hentakan kuat, dipercayai didera pengasuh yang mengambil upah.

 Pastikan mereka yang layak diberi amanah jaga kanak-kanak

 ?? Fatimah Abdullah ?? Saya merasakan sudah tiba masanya pelaksanaa­n ujian psikometri­k dilaksanak­an kepada pengasuh di taska berdaftar dan ia perlu diperluask­an kepada pengasuh individu”
Fatimah Abdullah Saya merasakan sudah tiba masanya pelaksanaa­n ujian psikometri­k dilaksanak­an kepada pengasuh di taska berdaftar dan ia perlu diperluask­an kepada pengasuh individu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia