Harian Metro

Terus pertahan hak Sarawak

-

Hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diperjuang­kan Gabungan Parti Sarawak (GPS), malah menjadi agenda utamanya menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perjuangan itu tidak akan berhenti selagi kerajaan Pusat tidak mematuhi perjanjian berkenaan sepenuhnya.

Katanya, di bawah kepemimpin­an GPS, kerajaan negeri serius dalam usaha mengembali­kan keistimewa­an negeri ini yang dijanjikan dalam MA63 sejak perjuangan itu dimulakan Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem.

“Ini adalah teras perjuangan GPS dan kerajaan negeri yang kini diteruskan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang

Johari Abang Openg melindungi dan memulihara hak negeri serta rakyatnya.

“Kita akan memulihkan hak yang terhakis dari semasa ke semasa. Ia bukan retorik semata-mata, tetapi kita komited dalam perjuangan ini,” katanya.

Beliau yang juga

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian selepas meraikan peserta Konvoi Jelajah Bendera GPS di Dewan Panglima Rentap, di sini kelmarin.

Justeru, Uggah menegaskan hanya pemimpin tempatan dari parti politik tempatan yang dapat menentukan masa depan dan hala tuju nsgeri ini tanpa campur tangan ‘orang luar’.

“Kita tahu bagaimana menyelesai­kan masalah ini, kita tentukan acuan sendiri tanpa kebergantu­ngan pada ‘orang luar’. Kita semua mahu Sarawak menjadi negeri maju berpendapa­tan tinggi pada 2030,” katanya. Kuching: Kemudahan bulatan di Batu 14, Jalan Kuching - Serian yang juga sebahagian daripada jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo, di sini, dikhuatiri menjadi ‘bulatan maut’ sekiranya terus digunakan.

Ini disebabkan bulatan itu sehingga kini merekodkan banyak kes kemalangan sejak ia siap dibina enam bulan lalu, dipercayai berpunca daripada reka bentuk dan aliran trafiknya.

Justeru, Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Lo Khere Chiang mendesak Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi perhatian serius terhadap perkara itu dan mengambil langkah penyelesai­an sewajarnya.

Beliau menegaskan tidak sepatutnya ada bulatan pada jajaran lebuh raya kerana ia tidak selamat.

“Bulatan tidak sepatutnya dibina di sini, sebaliknya ia haruslah jalan lurus sahaja. Apa yang mereka (JKR) lakukan ini sangat bahaya,” katanya selepas meninjau bulatan itu bersama wakil media, di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPP, Datuk Ahmad Ibrahim dan Ketua Penguatkua­sa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, Asisten Superinten­dan Kenny Charles Juta.

Justeru, Khere Chiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang menggesa agar JKR segera menukar bulatan itu kepada jalan lurus.

Katanya, walaupun pembinaan bulatan itu atas alasan untuk memudahkan

kenderaan membuat pusingan-U, namun ia amat tidak bersesuaia­n.

“JKR sepatutnya tampil dengan rekaan lebih sesuai dan selamat, seperti mana laluan khas untuk pusingan-U dibuat di sepanjang Jalan Kuching - Serian.

“Kita mahu JKR menukar bulatan ini kepada jalan lurus dan membuat satu lorong khas untuk pusingan-U, sebelum lebih banyak lagi kemalangan berlaku di sini,” katanya.

Sementara itu, Kenny berkata, lebih 200 kemalangan direkodkan berlaku di bulatan Batu 14, dan menyebabka­n satu kematian dalam kemalangan minggu lalu.

“Kebanyakan kemalangan berlaku pada waktu malam dan selepas hujan,” katanya sambil memaklumka­n banyak kemalangan berlaku di bulatan itu sebelum ini, namun tidak dilaporkan.

Mengenai statistik kemalangan dari Batu 10 sehingga ke Batu 15 Jalan Kuching Serian dalam tempoh enam bulan ini, Kenny berkata, 417 kemalangan direkodkan membabitka­n enam kematian, tiga parah dan empat cedera ringan.

 ??  ?? BULATAN di Batu 14, Jalan Kuching-Serian dibimbangi menjadi bulatan maut sekiranya ia terus digunakan pengguna Lebuhraya Pan Borneo.
BULATAN di Batu 14, Jalan Kuching-Serian dibimbangi menjadi bulatan maut sekiranya ia terus digunakan pengguna Lebuhraya Pan Borneo.
 ??  ?? DOUGLAS Uggah (tengah barisan kedua duduk) bersama ahli GPS.
DOUGLAS Uggah (tengah barisan kedua duduk) bersama ahli GPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia