Harian Metro

BAYI TABUNG OKSIGEN

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

“Anak saya perlu menggunaka­n mesin bantuan pernafasan hampir sepanjang masa. Kalau tidak dia akan cepat letih.

“Setiap hari secara purata cuma enam jam saja dia bernafas tanpa mesin bantuan pernafasan iaitu tiga jam waktu pagi dan tiga jam lagi pada sebelah petang,” kata Farah Said, 29.

Ibu kepada bayi 11 bulan, Muhammad Harriz Rafif Syed Norhashimi, anak bongsu daripada tiga beradik itu mengalami masalah pernafasan.

Katanya, doktor memaklumka­n Muhammad Harriz Rafif mengalami masalah itu berikutan dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungann­ya berusia 29 minggu.

Farah berkata, sejurus dilahirkan bayinya dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, tahun lalu.

Dia memberitah­u, pada Julai tahun lalu Muhammad Harriz Rafif dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Menurut Farah, dia tidak bekerja berikutan menghidap masalah anemia dan kulit sensitif.

Berikutan itu dia bergantung kepada suami, Syed Norhashimi Syed Mohamad, 28, melakukan kerja kampung, namun pendapatan­nya tidak menentu.

“Akibat kekangan wang kami belum dapat jelasnkan bil perubatan anak di HPP,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Buluh Penyumpit, Kuah, di sini, semalam.

Selain Muhammad Harriz Rafif, Farah dan suami perlu menanggung dua lagi anak iaitu Nur Saidatul Nafisa, 7, dan Muhammad Harraz Darwish, 5.

“Mesin bantuan pernafasan bernilai RM3,000 pula sumbangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) cawangan Langkawi yang digunakan sejak Muhammad Harriz Rafif berusia empat bulan.

“Bil elektrik tinggi kerana kerap digunakan bagi mengecas mesin. Sekarang bil juga sudah tertunggak, kalau boleh saya nak bayar segera kerana risau akan dipotong.

“Bulan depan kami perlu sekali lagi ke HPP kerana

 Bayi 11 bulan lahir pramatang hidap masalah pernafasan

Muhammad Harriz Rafif perlu menjalani rawatan susulan, tapi wang tak cukup,” katanya.

Jelasnya Muhammad Harriz Rafif perlu diberi minum susu formula khas berharga RM50 setin yang mampu bertahan selama tiga hari saja.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh menghubung­inya di talian 017-5696020 atau melalui akaun Maybank 1520775403­58 di atas nama Farah Said.

Sementara itu, penderitaa­n Muhammad Harriz Rafif mendapat perhatian Penolong Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Langkawi yang merangkap wakil Ahli Parlimen Langkawi, Azlina Mansor.

Azlina berkata, kes itu akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 ??  ??
 ??  ?? AZLINA (kanan) bersama wakil Persatuan Rakan Budi Kedah, Rohayati Ayob (kiri) ketika mengunjung­i Muhammad Harriz bersama ibunya, Farah.
AZLINA (kanan) bersama wakil Persatuan Rakan Budi Kedah, Rohayati Ayob (kiri) ketika mengunjung­i Muhammad Harriz bersama ibunya, Farah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia