Harian Metro

‘SEMBUNYI’ DI SURAU

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

 Ustazah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemui di Kuala Kangsar

“Alhamdulil­lah, syukur kepada Allah, terima kasih rakyat Malaysia,” itu ungkapan disampaika­n Madihah Zawawi bagi menggambar­kan kegembiraa­n selepas adik iparnya, Nur Farhana Ibrahim, 27, ditemui di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Madihah, 43, berkampung lebih tiga hari di Balik Pulau berkata, dia dalam perjalanan ke Balai Polis Kuala Kangsar untuk menjemput adik iparnya.

“Saya bersyukur kerana Nur Farhana akhirnya ditemui dan berada dalam keadaan selamat.

“Sekarang saya tidak dapat menceritak­an maklumat penuh bagaimana dia ditemui dan sebagainya kerana masih belum memperoleh butiran daripada pihak berkuasa.

“Kami hanya dimaklumka­n anggota polis di Balai Polis Kuala Kangsar bahawa dia berada dalam keadaan selamat dan masih berpakaian sama ketika hilang tempoh hari,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha menghebahk­an berita kejadian menimpa adik iparnya itu sehingga Nur Farhana berjaya ditemui.

“Tak tahu siapa menemuinya dan hanya dimaklumka­n dia berada di balai polis. Saya ingin berterima kasih kepada pihak berkuasa yang membantu mencari mangsa serta menggerakk­an agensi berkaitan dalam usaha mengesanny­a.

“Keluarga kami juga ber- syukur dengan doa rakyat Malaysia sehingga Nur Farhana ditemui,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dia tahu bagaimana rasa penat dilalui semua pihak yang mencari Nur Farhana sejak tiga hari lalu, kerana mereka juga berkampung di Balik Pulau.

Dalam kejadian Isnin lalu, suami mangsa menyedari kehilangan Nur Farhana yang juga ustazah di sebuah sekolah di sini, apabila wanita itu tidak menjawab panggilan telefon yang dibuatnya pada jam 4.30 petang.

Pada jam 6.30 petang hari kejadian, suami mangsa pulang ke rumah dan dapati telefon bimbit isterinya berada di atas almari bilik tidur mereka.

Suami mangsa dikenali sebagai Naim kemudian menghubung­i rakan isterinya dan untuk bertanyaka­n mengenai Nur Farhana.

Dia dimaklumka­n kereta milik isterinya itu ditinggalk­an di luar kawasan pagar sekolah tempatnya mengajar.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau pula mengesahka­n mangsa hadir ke sekolah pada hari berkenaan dan mengajar seperti biasa, namun tidak hadir bertugas keesokan harinya.

Nur Farhana dilaporkan pernah menerima rawatan Psikiatri (kemurungan) pada 2014 dan berulang alik dari Langgar, Kedah ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar.

 ??  ??
 ??  ?? USAHA mencari Nur Farhana (gambar kecil) yang dilaporkan hilang sejak 6.30 petang Isnin lalu disertai orang ramai, polis dan anggota bomba.
USAHA mencari Nur Farhana (gambar kecil) yang dilaporkan hilang sejak 6.30 petang Isnin lalu disertai orang ramai, polis dan anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia