Harian Metro

MENU KHURAFAT

- Mohd Sabran Md Sani cnews@nstp.com.my

Lebih 30 bunjut, botol, batu berikat dipercayai tangkal untuk tujuan pelaris, selain tulisan jawi dibingkaik­an ditemui di sebuah restoran mamak di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. Semua itu dirampas dalam operasi bersepadu agensi penguat kuasa terhadap beberapa restoran mamak di Johor semalam, lapor Mohd Sabran Md Sani

Sebuah restoran mamak yang beroperasi hampir 18 tahun di Bandar Seri Alam di sini, didapati menggunaka­n lebih 30 tangkal dan azimat sebagai pelaris jualan.

Kegiatan menyalahi akidah itu terbongkar hasil serbuan operasi bersepadu membabitka­n pelbagai agensi penguat kuasa terhadap premis berkenaan bermula jam 2 petang semalam.

Lebih mengejutka­n apabila semua azimat mengandung­i perkataan jawi yang tidak jelas maksudnya digantung dalam pelbagai bentuk termasuk bingkai gambar, bunjut, botol serta batu berikat dipercayai dibawa dari India dipasang di setiap penjuru kedai.

Pemilik restoran beragama Islam itu juga tidak memohon logo halal daripada pihak berkuasa agama, selain hanya dua daripada 23 pekerjanya beragama Islam.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, operasi terhadap restoran itu dijalankan berikutan aduan orang awam.

Katanya, operasi bersepadu bagi memeriksa restoran khususnya restoran 24 jam bermula 15 Januari hingga semalam menemui tangkal dan azimat terbabit yang dipasang di sekeliling premis.

“Mulanya, pasukan dianggotai 35 penguat kuasa pelbagai agensi mahu memeriksa sijil halal, namun berlaku sebaliknya apabila banyak azimat ditemui di setiap ruang di premis itu.

“Kami menyerahka­n kepada pegawai JAINJ (Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk tindakan lanjut berdasarka­n penemuan tangkal dan azimat yang dibawa masuk dari India,” katanya yang mengetuai operasi sejam di restoran terbabit.

 Kegiatan menyalahi akidah restoran mamak terbongkar

Turut serta Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAINJ, Mohd Nazri Jamaluddin, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidik­an JAINJ, Sariah Khamis dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Walid Said.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sariah berkata, tidak salah bagi pemilik premis beragama Islam menggantun­g ayat suci al-Quran.

“Cuma tidak dibenarkan menggantun­g ayat yang boleh mendatangk­an kerosakan akidah seperti wafaq, pelaris dan azimat. Penting bagi pemilik restoran memastikan ayat digantung adalah ayat al-Quran yang betul terutama dari segi huruf, baris dan titiknya,” katanya.

Katanya, pihaknya mengarahka­n ayat berkenaan diturunkan, selain tindakan merampas dilaksanak­an kerana dibimbangi merosakkan akidah.

Sariah berkata, ini adalah penemuan pertama azimat dan pelaris digantung di dinding restoran kerana kebanyakan serbuan sebelum ini membabitka­n cincin dan batu kemenyan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KHAIRUL membuat pemeriksaa­n di sebuah restoran di Bandar Seri Alam yang dikesan menggunaka­n tangkal dan azimat sebagai pelaris jualan.
KHAIRUL membuat pemeriksaa­n di sebuah restoran di Bandar Seri Alam yang dikesan menggunaka­n tangkal dan azimat sebagai pelaris jualan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia