Harian Metro

‘Anak saya meninggal kerana komplikasi usus

-

Kota Bharu: Keluarga bayi perempuan berusia empat bulan yang meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Selasa lalu menafikan kematianny­a disebabkan penderaan seksual, sebaliknya berpunca daripada komplikasi usus.

Bapanya, Raja Saiful Azhar Raja Salleh, 35, turut mengakui terkejut apabila kematian Raja Zaura Delisha yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu tular di media sosial dengan mendakwany­a didera secara seksual.

Menceritak­an perkara itu, katanya, dia dan isterinya dihubungi pengasuh bayinya itu pada jam 4.30 petang pada Isnin lalu dengan memaklumka­n Raja Zaura Delisha tidak sedarkan diri dan dia terus membawanya ke HUSM.

“Ketika itu jantung anak saya tidak berfungsi dan doktor menebuk untuk memasukkan wayar sebelum Raja Zaura Delisha memberi maklum balas.

“Bagaimanap­un, pada jam 8.40 malam kelmarin (Selasa), anak saya disahkan meninggal dunia.

“Isu didera mungkin timbul apabila pakar kanak-kanak yang membuat pemeriksaa­n melihat ada kesan luka di dubur anak saya sebelum pihak hospital membuat laporan polis kerana bimbang ada unsur lain.

“Bagaimanap­un, hasil bedah siasat kematian anak saya disebabkan komplikasi usus yang mungkin sudah ada sejak lahir.

“Sepanjang hayatnya, kesihatan anak saya amat baik dan tidak menunjukka­n sebarang masalah,” katanya yang tinggal di Kedai Lalat, di sini.

 ??  ?? RAJA Saiful Azhar memangku arwah
Raja Zaura Delisha.
RAJA Saiful Azhar memangku arwah Raja Zaura Delisha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia