Harian Metro

TANGGUH AMBIL NYAWAKU

 Ibu tunggal derita kanser tahap empat berdoa nyawa tidak diambil dalam masa terdekat

- Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

Jika pesakit kanser tahap empat lain sudah terlantar akibat kesan radioterap­i dan kemoterapi, namun Idayu Mohamad, 44, tetap menggagahk­an diri bangun setiap jam 5 pagi untuk memasak nasi lemak dan kuih-muih bagi dijual untuk menyara hidup. Dia sentiasa berdoa agar tidak dijemput Ilahi dalam waktu terdekat demi tiga anak berusia 10 hingga 19 tahun, lapor Suraya Roslan

Jika terlalu ikut perasaan dan sakit, apalah nasib anak saya nanti disebabkan itu saya perlu kuatkan diri”

Idayu Mohamad

Seorang ibu tunggal yang menderita kanser tahap empat hanya mampu berdoa supaya nyawanya tidak diambil dalam masa terdekat lantaran tanggungja­wab terhadap tiga anaknya masih belum sempurna.

Apatah lagi anak bongsunya berusia 10 tahun memerlukan penjagaan khusus kerana hiperaktif.

Jika pesakit kanser tahap empat lain sudah terlantar akibat kesan radioterap­i dan kemoterapi, namun tidak bagi Idayu Mohamad, 44, yang terpaksa menahan semua kesakitan demi tanggungja­wab terhadap anak.

Dia tetap menggagahk­an diri bangun setiap jam 5 pagi untuk memasak nasi lemak dan kuih-muih untuk dijual di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan.

Baginya, apa yang lebih penting tiga anaknya berusia 19, 18, dan 10 tahun cukup makan dan untuk dirinya terpaksa menahan setiap kesakitan dialami.

Malah, dalam setiap doanya kepada Allah SWT, dia berharap nyawanya tidak ditarik lagi berikutan mempunyai tanggungja­wab kepada anak terutama si bongsu.

“Saya disahkan menghidap kanser rahim tahap empat yang kini sudah merebak ke payudara dan perut.

“Walaupun doktor menjangkak­an hayat hidup saya lima tahun lagi, namun saya berdoa kepada Allah supaya tidak mengambil nyawa saya dalam waktu terdekat kerana tanggungja­wab terhadap anak belum sempurna untuk saya tunaikan,” katanya kepada Harian Metro.

Idayu yang berasal dari Johor Bahru berkata, dia reda dengan kehidupan perlu dilalui sebaik disahkan menghidap penyakit itu.

“Saya perlu kuat demi anak, walaupun rawatan radioterap­i dan kemoterapi cukup menyeksaka­n namun saya perlu bertahan demi meneruskan kelangsung­an hidup.

“Saya suka memasak, disebabkan itu saya menjadikan masakan sebagai terapi untuk melupakan kesakitan melalui terapi itu saya gunakan untuk menjana pendapatan,” katanya.

Idayu berkata, dia membuka gerai bermula jam 2.30 petang hingga jam 7 malam pada Isnin hingga Sabtu.

“Alhamdulil­lah dengan jualan itu dapat menampung hidup kami sekeluarga, selain itu saya juga mendapat bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n sebanyak RM400 sebulan.

“Jika terlalu ikut perasaan dan sakit, apalah nasib anak saya nanti disebabkan itu saya perlu kuatkan diri,” katanya.

Dia yang juga orang kurang upaya pekak berikutan hilang pendengara­n sepenuhnya telinga kiri manakala hanya 50 peratus pendengara­n telinga kanan memberitah­u, hidupnya terasa gelap apabila disahkan menghidap kanser rahim tahap empat pada 13 Februari tahun lalu.

Katanya, penghujung Januari tahun lalu, dia pitam di ruang tamu sebelum sekali lagi dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

“Dalam tempoh itu, memang saya tidak larat dan tidak boleh jamah sebarang makanan. Pada mulanya doktor memberitah­u usus saya bengkak.

“Namun selepas dirujuk kepada pakar Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan ujian pap smear dilakukan terhadap saya, baru tahu saya menghidap kanser rahim tahap empat,” katanya yang kini hanya bergantung kepada susu yang disalurkan menerusi hidung sebab tidak boleh menjamah makanan pepejal.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurka­n ke akaun Public Islamic Bank Idayu, 6823561404.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Iman Danish memberi ibunya, Idayu meminum susu di rumah mereka di PPR Salak Selatan. IDAYU membantu anaknya Ahmad Iman Danish mengulang kaji pelajaran.
AHMAD Iman Danish memberi ibunya, Idayu meminum susu di rumah mereka di PPR Salak Selatan. IDAYU membantu anaknya Ahmad Iman Danish mengulang kaji pelajaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia