Harian Metro

DADAH GUNI RM5.6 JUTA

 Polis tahan tiga anggota sindiket edar dadah sorok dalam guni

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Cubaan sindiket pengedaran dadah membungkus bekalan dadah ketamin menggunaka­n peket teh Cina sebelum diletakkan di dalam guni gagal mengaburi pihak berkuasa.

Ini berikutan taktik mereka terbongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan seorang lelaki di Persiaran Jengka, di sini, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, lelaki berkenaan ditahan di tepi jalan jam 7.40 malam selepas melakukan risikan berdasarka­n maklumat.

“Pemeriksaa­n di dalam kenderaan suspek menemui tiga guni berisi 90 peket dadah jenis ketamin bernilai RM5.6 juta yang diletakkan di tempat duduk belakang.

“Susulan tangkapan suspek, polis kemudian menahan dua lagi suspek dipercayai rakannya di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, jam 8 malam (hari sama),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, semalam.

Zulkifli berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 41 hingga 54 tahun itu dipercayai menganggot­ai sindiket pengedaran dadah jenis ketamin di negara ini.

“Siasatan mendapati dadah berkenaan dibawa dari negara jiran. Satu peket itu mengandung­i ketamin seberat satu kilogram dan dijual pada harga RM60,000.

“Saringan ujian air kencing mendapati semua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n siasatan ia adalah rampasan dadah ketamin terbesar di negara ini pada tahun ini.

“Dadah berkenaan mampu menampung kegunaan lebih 300,000 penagih dadah di negara ini. Polis turut menyita tiga kenderaan bernilai RM184,000 termasuk wang tunai RM8,000.

“Semua suspek direman selama tujuh hari sehingga 8 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZULKIFLI (dua dari kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas selepas menahan tiga individu dalam dua serbuan.
ZULKIFLI (dua dari kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas selepas menahan tiga individu dalam dua serbuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia