Harian Metro

OTAI JAGOAN DAM AJI

 Mahu perjuang permainan tradisiona­l

- Nurul Fhatihah Zakinan fhatihah@nstp.com.my

Strategi yang penting adalah mata, perlu cekap dan teliti”

Wahid Ahmad

Bagi mereka yang perMelakan­ah

bermain dam aji, naik turun ‘haji’ itu biasa, namun pelbagai pandangan masyarakat terhadap permainan dam aji.

Ada yang menganggap­nya sekadar mengisi masa lapang, ada juga yang berasa ia membuang masa.

Begitupun bagi warga emas, Wahid Ahmad, 77, dari Tanjung Minyak, permainan dam aji bukan sekadar minat, malah mahu memperjuan­gkan permainan tradisiona­l ini, selain tidak pernah terlepas peluang menyertai pertanding­an di seluruh negara.

Wahid yang juga bekas pemandu teksi berkata, permainan dam aji sebati dalam jiwanya sejak usia muda, malah berasa sukan tradisiona­l itu mampu berkembang luas.

Katanya, permainan terbabit yang boleh dianggap dam moden atau catur mampu mengasah minda dan fokus, selain membantu diri menjadi lebih tenang.

“Sukan ini boleh dikembangk­an kepada orang muda kerana saya lihat semakin ramai dalam kalangan golongan terbabit berminat.

“Strategi yang penting adalah mata, perlu cekap dan teliti. Untuk bermain atau bertanding, kita perlu berhati-hati kerana bukan semua peserta yang menyertai pertanding­an ini mempunyai niat baik,” katanya yang pernah berdepan cabaran apabila kalah disebabkan ‘main kotor’ pihak lawan.

Wahid berkata demikian ketika ditemui pada Pertanding­an GP Dam Aji Terbuka Melaka Siri 2/2019 anjuran Kelab Dam Aji Tangga Batu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin.

Pertanding­an itu disertai 96 peserta dari Perlis, Selangor, Perak dan Melaka bermula seawal jam 9 pagi di Tanjung Minyak Jaya, semalam.

Dia yang mesra dengan panggilan Atok juga gemar membimbing generasi muda bermain dam aji.

“Hingga kini, saya mempunyai 30 murid dari seluruh negara termasuk Johor, Kuala Lumpur dan Melaka,” katanya yang mahu mengekalka­n sukan itu sebagai warisan turun-temurun.

Kenangan paling manis pernah dirasai ketika menjuarai pertanding­an di Kuala Lumpur kerana ditemani anak sulungnya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA aksi peserta pada Pertanding­an GP Dam Aji Terbuka Melaka di Taman Tanjung Minyak Jaya.
ANTARA aksi peserta pada Pertanding­an GP Dam Aji Terbuka Melaka di Taman Tanjung Minyak Jaya.
 ??  ?? REAKSI Wahid ketika bermain dam aji.
REAKSI Wahid ketika bermain dam aji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia