Harian Metro

KEMBAR 3 BERSANDING

 Bapa kembar tiga buat majlis sambut menantu serentak

- Adnan Ibrahim cnews@nstp.com.my

Walaupun tidak bertemu jodoh pada waktu sama, kembar tiga lelaki tetap mahu melangsung­kan majlis persanding­an serentak sebagai hadiah istimewa buat keluarga dan rakan di rumah mereka di Parit Bugis, Pekan Senggarang.

Bapa mereka, Fuad Tayadi Suratman, 52, berkata, ketiga-tiga anaknya itu adalah bekas penuntut Maktab Tentera Diraja (MTD) Kem Sungai Besi sesi 2008 dan merancang mengadakan majlis menyambut menantu serentak apabila masing-masing sudah memiliki pasangan hidup.

Katanya, sejak kecil hingga dewasa, mereka banyak meluangkan masa, membuat kerja rumah atau bermain bersama tetapi sebagai manusia mereka juga memiliki minat berbeza.

Menurutnya, anak sulung yang juga kembar pertama, Muhd Fuad Haziq, 27, bertugas sebagai jurupulih anggota di sebuah hospital di Singapura dan bernikah dengan pegawai pengurusan syarikat makanan segera, Nurul Anisha Khairulliz­am pada 15 September lalu di Jerantut, Pahang.

“Tiga bulan kemudian iaitu pada 15 Disember lalu, anak kedua kami, Muhd Fuad Ammar yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Tentera berpangkat Leftenan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, mengahwini gadis pilihannya yang juga doktor pendengara­n di Johor Bahru, Nor Jalilah Norhisham berasal dari FELDA Pemanis, Segamat.

“Anak ketiga, Muhd Fuad Hazim yang juga pegawai tentera berpangkat Leftenan daripada Rejimen Kedua Artileri Diraja (RAD), Kem Mahkota, Kluang, menikahi pasanganny­a, Siti Shahira Hamdan di Rengit pada 1 Februari lalu,” katanya, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? TIGA beradik kembar, Muhd Fuad Haziq, Muhd Fuad Hazim dan Muhd Fuad Ammar dan pasangan masing-masing bergambar bersama ibu bapa mereka, Fuad (tiga dari kiri) dan Zunaini (tiga dari kanan) di Kampung Parit Bugis, Senggarang, Batu Pahat, semalam.
TIGA beradik kembar, Muhd Fuad Haziq, Muhd Fuad Hazim dan Muhd Fuad Ammar dan pasangan masing-masing bergambar bersama ibu bapa mereka, Fuad (tiga dari kiri) dan Zunaini (tiga dari kanan) di Kampung Parit Bugis, Senggarang, Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia