Harian Metro

Tempuh getir anak ulang-alik hospital

-

Bagan Serai: “Dapat kereta Kancil (Perodua) pun jadilah, asalkan boleh bawa anak istimewa saya ini terus dapatkan rawatan dan tak kena hujan,” luah Haslizah Ibrahim, 31, ibu kepada Nour Rabiatul Adawiyyah Iman Mohamad Fauzi, 9, yang mengalami masalah saraf, ketumbuhan otak dan sawan.

Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu yang mesra dengan panggilan Adawiyyah hanya mampu terlantar dan perlu mendapatka­n rawatan susulan antara dua ke tiga kali sebulan bergantung kepada keadaannya.

“Sejak berusia setahun lagi anak saya disahkan menghidap penyakit ini dan terbaru tahun lalu pula disahkan menghidap sawan.

“Saya dan suami terpaksa berulang-alik dari rumah ke Hospital Taiping dengan menaiki motosikal lebih 20 kilometer sambil menggendon­g Adawiyyah.

“Jika hujan, kami terpaksa berteduh di mana-mana saja kerana Adawiyyah tidak boleh kena hujan, kami tidak mampu untuk membeli kereta serta menyewanya,” katanya.

Haslizah ditemui di rumahnya di Taman Lembah Beriah, Gunung Semanggol di sini, semalam selepas menerima lawatan Kelab Sukarelawa­n dan Sosial (KELSS) yang diwakili ahlinya, Rohaidatul Asma Jusoh.

Menurut Haslizah, dia dan suami, Mohamad Fauzi Abd Wahab, 39, mengimpika­n untuk membeli kereta terpakai bagi memudahkan urusan rawatan Adawiyyah namun tidak mampu berbuat demikian. Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubung­i Haslizah di talian 011-5760

5916.

Sementara itu, Rohaidatul Asma berkata, KELSS terpanggil untuk membantu keluarga itu dengan mewujudkan tabung khas kira-kira dua minggu lalu sebelum menyampaik­an sumbangan dikutip kepada keluarga berkenaan.

Menurutnya, selain wang tunai, KELSS turut menyampaik­an barangan seperti susu khas dan lampin pakai buang bagi meringanka­n beban keluarga berkenaan.

 ??  ?? ROHAIDATUL Asma menziarahi dan menyampaik­an bantuan kepada Nour Rabiatul Adawiyyah Iman.
ROHAIDATUL Asma menziarahi dan menyampaik­an bantuan kepada Nour Rabiatul Adawiyyah Iman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia