Harian Metro

‘Kami terkedu...’

Pelajar cedera terjatuh ketika bekerja di Australia perlu RM32,000

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

“Kami sekeluarga terkedu apabila mendapat perkhabara­n adik yang melanjutka­n pelajaran di Australia terjatuh dari ketinggian enam meter ketika bekerja.

“Malah, perasaan bimbang dan berdebar semakin bertambah apabila dimaklumka­n oleh rakannya, dia koma dan tidak sedarkan diri selepas kemalangan itu,” kata abang kepada pelajar Malaysia, Meor Muhammad Mustaqim Meor Ahmad Hussin, 28, yang terbabit kemalangan ketika bekerja sambilan sebagai buruh binaan di tapak pembinaan di Sydney, Australia, 17 Januari lalu.

Meor Ahmad Azizul Hakim, 31, berkata keluargany­a mendapat perkhabara­n duka itu dua hari selepas adiknya dimasukkan ke Hospital St George di Kogorah, Sydney.

“Pihak kedutaan dan rakan adik saya memaklumka­n kejadian dan mereka memberitah­u adik akan dibedah pada 20 Januari oleh pihak hospital.

“Kami dimaklumka­n adik koma selama dua hari sebelum dia sedarkan diri dan pihak hospital mengambil keputusan untuk menjalanka­n pembedahan pada bahagian pinggulnya.

“Doktor berjaya memasang skru di bahagian itu dan kini adik berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Meor Ahmad Azizul Hakim berkata, adiknya yang juga pelajar jurusan pengurusan hospitalit­i di Pacific Training Group (PTG), Sydney, kini dijaga beberapa rakannya dan sebarang perkembang­an sentiasa dimaklumka­n kepada pihaknya.

Katanya, Meor Muhammad Mustaqim yang juga anak kesembilan daripada 11 beradik dijangka dibenarkan keluar wad pada Rabu ini.

Katanya, dia berlepas ke Sydney jam 8 pagi ini untuk melawat adiknya dan bertemu pihak kedutaan bagi urusan membawa pulang Meor Muhammad Mustaqim.

“Saya dimaklumka­n, kos perubatan diselesaik­an oleh pihak insurans, tetapi kini kami mempunyai sedikit kekangan kewangan untuk membawanya pulang ke Malaysia.

“Kos diperlukan dianggarka­n AUD 10,000 ( RM32,000). Setakat ini, kami berjaya mengumpul RM22,000 dan masih memerlukan baki sebanyak RM10,000,” katanya.

Katanya, Meor Muhammad Mustaqim yang berasal dari Kampung Beserah, di sini, dijangka menangguhk­an pengajiann­ya bagi membolehka­n dia dirawat dan pulih sepenuhnya di Malaysia.

“Saya dan keluarga berikhtiar kumpul baki duit untuk bawa dia pulang, setakat ini kami memperoleh separuh sumbangan daripada keluarga terdekat,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubung­inya di talian 014 5206882/013 8402191 atau terus menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank 1561692814­13 dan CIMB 0604000519­9201 (Meor Ahmad Azizul Hakim Meor Ahmad Hussin).

 ??  ?? KEADAAN Meor Muhammad Mustaqim yang terlantar di Hospital St George, Kagorah, Sydney selepas terjatuh dari ketinggian enam meter ketika bekerja secara sambilan di tapak pembinaan.
KEADAAN Meor Muhammad Mustaqim yang terlantar di Hospital St George, Kagorah, Sydney selepas terjatuh dari ketinggian enam meter ketika bekerja secara sambilan di tapak pembinaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia