Harian Metro

Penerbanga­n ihsan bawa wanita keguguran

-

Gua Musang: Seorang wanita Orang Asli yang keguguran kandungan anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) menggunaka­n penerbanga­n ihsan, petang kelmarin.

Foja Angak, 18, dari Pos Dakoh dibawa ke hospital dengan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), jam 3.29 petang.

Ismak Anjang, 39, berkata, anaknya itu dua hari keguguran dan sukar dihantar ke hospital kerana masalah hubungan jalan balak yang rosak teruk.

Katanya, lebih membimbang­kan, anaknya kehilangan banyak darah hingga terpaksa mendapatka­n khidmat JBPM untuk menghantar­nya ke hospital dengan helikopter.

“Saya kemudian maklumkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada petang hari pertama keguguran bagi mendapatka­n bantuan.

“Kami terpaksa tunggu hingga petang ini (kelmarin) untuk menghantar anak ke hospital dan terima kasih kepada Unit Udara JBPM yang menyelamat­kan Foja,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam Unit Udara JBPM Pangkalan Subang, Mohd Farhan Marzuki berkata, penerbanga­n untuk mengambil pesakit itu terpaksa dilakukan dua kali berikutan cuaca buruk.

“Kali pertama kami cuba untuk mendarat di Pos Dakoh jam 1.48 tengah hari, namun gagal kerana hujan lebat dan cuaca buruk.

“Penerbanga­n berkenaan tertangguh hingga jam 2.50 petang selepas keadaan cuaca semakin baik dan kita berjaya mengambil pesakit itu dan mendarat di Padang Pusat Sivik jam 3.29 petang sebelum dikejarkan ke HGM dengan ambulans disediakan JBPM,” katanya.

Katanya, penerbanga­n ihsan menggunaka­n kru Mi-17-IV itu diketuai Juruterban­g, Sofian Ahmed dibantu penolong juruterban­g, Ahmad Hafiz Sulaiman.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengusung Foja menaiki ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang menggunaka­n helikopter.
ANGGOTA bomba mengusung Foja menaiki ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang menggunaka­n helikopter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia