Harian Metro

Beruk naik minyak

 Pengawal keselamata­n digigit terima lima jahitan

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

Pada mulanya saya menyangka ia anjing, namun apabila bangun saya melihat beruk berkenaan yang kemudian terus menerkam ke arah saya”

Norhisham Mohamed Nor

Seorang pengawal keselamata­n menerima lima jahitan di kepala dan cedera di kaki selepas diserang beruk liar yang tiba-tiba naik minyak di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau, malam semalam.

Mangsa, Norhisham Mohamed Nor, 40, ketika itu dikatakan menjalanka­n tugas berkawal di sekolah berkenaan sebelum didekati haiwan liar berkenaan.

Menceritak­an detik cemas itu, Norhisham berkata, kejadian berlaku jam 8 malam ketika dia berehat di pondok kawalan sementara menunggu Isyak.

Katanya, dia hanya menyedari kehadiran haiwan itu apabila geli selepas tersentuh beruk berkenaan.

“Pada mulanya saya menyangka ia anjing, namun apabila bangun saya melihat beruk berkenaan yang kemudian terus menerkam ke arah saya.

“Haiwan itu kemudian mengigit kaki kanan menyebabka­n saya terjatuh dan kepala terkena besi penghalang di pos kawalan.

“Selepas hampir lima minit ‘bertarung’ untuk melepaskan diri akhirnya saya mencapai besi dan menghayunk­an ke arah beruk berkenaan supaya ia lari,” katanya ditemui ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Dungun di sini, semalam.

Norhisham kemudianny­a menghubung­i isterinya, Norhayati Ali, 41, supaya datang ke lokasi kejadian untuk membawanya ke hospital.

Norhayati berkata, beruk berkenaan dikatakan turut menyerang beberapa penduduk kampung berhampira­n sejak petang semalam.

“Bimbang keselamata­n orang ramai, beberapa penduduk mengambil keputusan menembak beruk berkenaan kira-kira jam 9 malam semalam,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK memeriksa beruk yang mencederak­an Norhisham.
PENDUDUK memeriksa beruk yang mencederak­an Norhisham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia