Harian Metro

Wafa sudah keluar hospital

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

 Pelakon Azizah The Legend berehat di rumah

“WAFA baru saja dibenarkan keluar dari hospital Jumaat lalu dan kini berehat di rumah,” kata Tajul Faizal Tamimudin, suami kepada pelakon popular era 90-an, Wafa Abdul Kadir, 53.

Tajul ketika dihubungi Harian Metro berkata, badan isterinya masih lemah dan perlu berehat tanpa diganggu.

“Buat masa ini kami hanya menunggu panggilan daripada pihak hospital untuk menjalani rawatan baharu selepas cuti sambutan Tahun Baharu Cina.

“Rawatan minggu lalu adalah untuk turunkan dos ubat tahan sakit dan Alhamdulil­lah berjaya. “Pada masa sama pakar melakukan prosedur memasang ‘port’ sementara sebelum memasang

‘port’ kekal untuk memasukkan ubat beberapa minggu lagi,” katanya ringkas.

Katanya, rawatan kimoterapi pula hanya akan dilakukan apabila dapat menstabilk­an kesakitan dialami Wafa.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar melalui laman Facebook mendakwa Wafa berada dalam keadaan lemah dan meminta mendoakan agar dia ‘pergi’ dalam Husnul Khotimah.

“Terdengar kata-kata Kak Long tanpa disedari air mata saya mengalir deras. Dia meminta agar saya datang untuk tolong bantu apa yang patut.

“Pasti saya akan datang esok memandangk­an jadual hari ini agak padat sehingga malam,” tulis Tuan Asmawi.

Dia turut memohon warganet untuk sama-sama berdoa agar Allah terus mengurniak­an rahmat serta memandang kasih buat Wafa.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan, pelakon filem Azizah The Legend itu dilaporkan mendapatka­n rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) selepas mengadu sakit di bahagian abdomen pada 26 Januari lalu.

 ??  ?? WAFA
WAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia