Harian Metro

Tak makan dua hari selepas hanyut

-

Kepala Batas: “Saya hanya mampu berdoa dan solat di atas bot sambil berharap kami berdua ditemui,” kata Yasir Abd Hamid, 50, nelayan yang terselamat selepas bot dinaiki bersama seorang awak-awak, Ku Izrul Rizal, 30-an, mengalami kerosakan ketika berada di tengah laut pada Jumaat lalu.

Menurutnya, mereka berdua juga langsung tidak makan selama dua hari kerana terputus bekalan dan hanya mengisi perut dengan meminum air kosong yang disimpan dalam bot.

Katanya, bot mereka mengalami kerosakan enjin selepas lapan jam bertolak dari jeti Pangkalan Kuala Muda, Penaga di sini, dan dia kemudian melabuhkan sauh untuk mengelak bot daripada terus hanyut.

“Saya ada membawa telefon bimbit namun kawasan terbabit tidak mempunyai liputan dan menyebabka­n sukar untuk berkomunik­asi dengan isteri atau rakan.

“Apa yang mampu kami lakukan ketika itu hanya berdoa supaya bot kami ditemui nelayan lain,” katanya yang ditemui selepas dibawa pulang ke jeti dan diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan Hospital Kepala Batas, semalam.

Kedua-dua nelayan berkenaan dilaporkan hilang apabila mereka gagal dihubungi ahli keluarga selepas keluar menangkap ikan sejak jam 4 petang Jumaat.

Berikutan itu, ahli keluarga membuat laporan dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang melalui

(MRSC) Langkawi mengaktifk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus aduan diterima.

 ??  ?? PEGAWAI perubatan Hospital Kepala Batas memeriksa kesihatan Yashir yang ditemui 40 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.
PEGAWAI perubatan Hospital Kepala Batas memeriksa kesihatan Yashir yang ditemui 40 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia