Harian Metro

Dua beranak parah tersepit

-

Kuala Kubu Bharu: Dua beranak cedera parah akibat tersepit selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam berhadapan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa, Muty Othman, 63, dan anak perempuann­ya, Nur Ain, 32, parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang depan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bak Phai berkata, kemalangan berlaku apabila tayar depan kereta Volkswagen Passat dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun dalam perjalanan dari arah Selayang ke Gohtong Jaya pecah.

“Keadaan itu menyebabka­n kenderaan terbabit terbabas ke tepi jalan lalu melanggar kereta Perodua Viva dinaiki mangsa yang berada di laluan bertentang­an,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Lim berkata, kemalangan itu menyebabka­n bahagian depan kereta Volkswagen Passat remuk manakala kereta Perodua Viva itu pula remuk di seluruh bahagian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 8.15 pagi, semalam.

“Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati pemandu dan penumpang depan kereta Perodua Viva tersepit di dalam kenderaan sebelum berjaya dibawa keluar beberapa minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Norizham berkata, suami isteri berusia 20-an yang menaiki kereta Volkswagen Passat itu tidak mengalami kecederaan.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang menaiki kereta Perodua Viva bersama ibunya (Nur Ain) tidak cedera namun dalam keadaan trauma.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an dua beranak yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu, semalam.
ANGGOTA bomba mengeluark­an dua beranak yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia