Harian Metro

Undang konflik budaya

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@nstp.com.my

Isu warga asing makan haiwan peliharaan boleh mengundang konflik dalam hubungan antara golongan terbabit dan penduduk setempat di negara kita.

Pensyarah Kaunseling di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Syed Mohamad Syed Abdullah berkata, jika perkara itu berterusan akan mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat setempat terhadap warga asing.

Menurutnya, punca mengapa mereka makan haiwan hanya boleh diketahui apabila berpeluang bertanyaka­n hal ini kepada mereka secara langsung.

“Secara umumnya, apa yang saya boleh katakan hal ini ada kaitan dengan faktor sosiobuday­a dan cara hidup masing-masing di negara asal.

“Di negara mereka mungkin amalan sebegini dianggap biasa dan menjadi kegemaran bagi sesetengah kelompok masyarakat mereka walaupun bukan semua individu seperti iu,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar ini mengenai budaya warga asing dari Vietnam yang gemar menangkap dan makan kucing terbiar di Seberang Jaya.

Menurutnya, pernah juga didengari cerita penggemar makanan pelik atau eksotik adalah perkara biasa di sana tetapi tidak di negara kita.

Katanya, hal ini adalah sangat berkait rapat dengan amalan budaya kehidupan masyarakat setempat.

“Apabila mereka datang ke negara kita dan meneruskan amalan ini sudah tentu menjadi satu perkara yang sukar diterima masyarakat kita.

“Sesuatu tingkah laku yang diamalkan secara terbuka di tempat mereka boleh menjadi satu isu yang menggempar­kan di negara kita.

“Berkaitan isu kenapa mereka tidak boleh buang tabiat ini, saya berpendapa­t banyak faktor yang menyumbang dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata, faktor tingkah laku sedemikian perlu dilihat dalam konteks lebih luas seperti budaya pemakanan setempat, faktor keinginan mencuba sesuatu yang baru malah faktor genetik kerana menyukai sesuatu dianggap pelik.

Katanya, begitu juga faktor kepercayaa­n terhadap sesuatu fakta seperti makan kucing menjaga kesihatan.

Menurutnya, semua ini boleh menjadi faktor mereka berkelakua­n demikian.

Beliau berkata, apa pun alasan mereka hal ini tidak wajar berlaku dalam konteks budaya dan masyarakat Malaysia.

“Jika berterusan boleh mengundang konflik terhadap hubungan antara warga asing dan penduduk tempatan di negara kita,” katanya.

Di negara mereka mungkin amalan sebegini dianggap biasa” Dr Syed Mohamad Syed Abdullah

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia