Harian Metro

Terima 107 laporan hina Agong

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 107 laporan polis dari seluruh negara berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, setakat kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, jumlah laporan berhubung isu itu dipercayai akan meningkat susulan tindakan beberapa lagi badan bukan kerajaan (NGO) dan individu lain yang turut membuat laporan, semalam.

Katanya, laporan polis itu susulan komen serta hantaran berunsur penghinaan oleh dua lelaki menerusi akaun Facebook milik mereka, baru-baru ini.

“Sehingga semalam (kelmarin), sebanyak 107 laporan polis dibuat oleh wakil NGO serta orang perseorang­an dan kemungkina­n hari ini (semalam) jumlah itu meningkat kerana difahamkan ada lagi yang membuat laporan sama terhadap beberapa individu menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial seperti di Facebook.

“Bagaimanap­un, seorang pemilik akaun Facebook yang juga ahli perniagaan sudah ditahan bagi dirakamkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, Pahang dan dibebaskan dengan jaminan polis, semalam (kelmarin).

“Turut ditahan dua lelaki yang melakukan provokasi dan ugutan jenayah terhadap ahli perniagaan berkenaan, namun mereka juga dibebaskan selepas keterangan mereka dirakamkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Siasatan terhadap dua lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 506 kanun Keseksaan.

Mohamad Fuzi bagaimanap­un berkata, polis masih mengesan dua lagi individu termasuk pemilik akaun Facebook bernama Desmond Yongkor.

“Buat masa ini polis masih lagi mengesan individu itu (Desmond Yongkor) dan kita berharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainy­a dapat tampil membantu mengesan individu itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia