Harian Metro

SUSULAN PENJUALAN TANAH FGV Minta ambil kira status penduduk

-

Eksekutif FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan semalam.

“Tanah berkenaan berstatus pertanian dan hanya dikhususka­n untuk penanaman tebu namun begitu, pihak yang memiliki tanah itu tidak membuat sebarang perancanga­n pertanian di kawasan berkenaan mungkin disebabkan ia tidak strategik dan mempunyai nilai ekonomi di kawasan itu.

“Disebabkan itu, sekitar plot tanah berkenaan kini didiami sekitar 150 orang yang menetap di 40 rumah di kawasan itu selepas mendapat kebenaran daripada pihak MSM Perlis Sdn Bhd yang juga adalah anak syarikat FGV,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, beliau pernah mengadakan perbincang­an dengan pihak FGV pada 2017 berkaitan dengan tanah berkeluasa­n 99 hektar yang terletak berhampira­n persimpang­an Batu Bertangkup dan Kampung Ayer Timbul, Chuping itu.

“Saya pernah berbincang dengan pihak FGV berkenaan penempatan dalam tanah yang dimaksudka­n itu dan ada meminta syarikat berkenaan untuk menyerahka­n sebahagian tanah didiami penduduk itu kepada kerajaan negeri semula untuk memberikan hak milik kepada mereka.

“Namun begitu, FGV membalasny­a dengan mengenakan syarat serta cadangan iaitu kerajaan negeri kena menggantik­an tanah kepada mereka (FGV) bersamaan luas penempatan yang berada dalam kawasan itu.

“Kemudian, kerajaan negeri perlu membayar ganti rugi kepada FGV di atas pengambila­n semula tanah itu dan malangnya, kita tidak mampu untuk mengikut kedua-dua syarat yang dikemukaka­n itu,” katanya.

Beliau berkata, sebagai ADUN yang bertanggun­gjawab di kawasan berkenaan, pihaknya berasa kesal disebabkan tiada wakil MSM Perlis yang berjumpa dan memaklumka­n berkaitan pelan mereka untuk menjual tanah berkenaan.

“Disebabkan itulah, kerajaan negeri sudah menetapkan mana-mana juga tanah yang berstatus ladang atau pertanian yang berkeluasa­n lebih 40 hektar yang mahu dijual atau berada dalam proses pindah milik, tuan punya tanah perlu membuat permohonan dengan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) menerusi pengisian Borang 14D di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.

“Permohonan ini akan dipertimba­ngkan oleh Jawatankua­sa Tanah dan Ladang yang dipengerus­ikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke perhatian Exco.

“Namun dalam hal ini, saya berasa kesal kerana pihak MSM tidak langsung berjumpa dan memaklumka­n pada saya berkenaan rancangan penjualan tanah ini walaupun sudah dimaklumka­n kepada kerajaan negeri,” katanya.

Asmaiza berkata, kerajaan negeri berpandang­an walaupun tiada hak terhadap tanah berkenaan tetapi boleh menasihati pihak itu supaya sentiasa mengambil maklum hal ehwal penduduk yang berada di kawasan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan penjualan tanah di lot berkenaan oleh FGV yang diiklankan oleh pihak berkenaan.

 ??  ?? PAPAN tanda Kampung Air Timbul seluas hampir 100 hektar yang akan dijual oleh FGV.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.
PAPAN tanda Kampung Air Timbul seluas hampir 100 hektar yang akan dijual oleh FGV. LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia