Harian Metro

‘Kasihanila­h kami dah tinggal 40 tahun’

-

Padang Besar: Penduduk di Kampung Air Timbul di sini, merayu agar FGV Holdings Berhad tidak menjual hampir 100 hektar tanah milik syarikat itu yang didiami mereka lebih 40 tahun.

Mereka juga terkejut dengan kenyataan yang dikeluarka­n oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan yang mendakwa bahawa tanah yang bakal dijual adalah kawasan terbiar.

Wakil penduduk, Megat Sulong Hussin, 55, berkata, mereka tidak tahu menahu mengenai penjualan tanah terbabit dan pengurusan FGV yang terdahulu membenarka­n mereka menduduki kawasan itu memandangk­an ia tiada nilai komersial.

Menurutnya, seharusnya ada wakil daripada FGV yang akan menemui penduduk dan memaklumka­n mengenai urusan jual beli tanah yang mereka diami itu.

“Bukan 100 hektar tanah yang kosong tetapi hanya lima hektar saja tidak didiami dan selebihnya adalah penduduk kampung yang sudah tinggal di situ hampir 40 tahun.

“Kasihanila­h kami yang ada kira-kira 40 keluarga tinggal di sini, pengurusan (FGV) terdahulu benarkan kami duduk di tanah ini.

“Sekurang-kurangnya mereka datanglah jenguk kawasan terlebih dulu dan berbincang mengenai keputusan mereka (jual tanah),” katanya ketika ditemui di kedai pertukanga­n yang diusahakan­nya.

Perkara yang sama turut diakui seorang lagi penduduk, Azizan Bahari, apabila dia sudah tinggal di kawasan berkenaan hampir 20 tahun.

“Sebelum ini ada penduduk yang sudah berpindah ke kawasan lain tetapi mereka diberikan pampasan yang setimpal oleh pengurusan terdahulu.

“Jika pihak pengurusan terkini bertindak menjual tanah berkenaan tanpa merujuk kami terlebih dahulu, di mana kami dan anak cucu mahu tinggal?” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan 100 hektar milik FGV Sdn Bhd yang akan dijual ialah tanah terbiar, tidak mempunyai nilai komersial dan tidak menjejaska­n pekerja syarikat itu.

Ia disahkan oleh Haris Fadzilah dalam satu kenyataan kepada media dan tiada ladang atau kilang yang dibina berdekatan kawasan terbabit.

 ?? Megat Sulong ?? Sekurang-kurangnya mereka datanglah jenguk kawasan terlebih dahulu”
Megat Sulong Sekurang-kurangnya mereka datanglah jenguk kawasan terlebih dahulu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia