Harian Metro

7 minggu 3 kali pecah

- Muhammad Mustakim Ramli cnews@nstp.com.my

 Lelaki masuk kedai emas melalui bumbung

Tidak sampai dua bulan, sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim di sini, tiga kali menjadi sasaran penjenayah.

Bagaimanap­un, dalam kejadian terbaru jam 4.45 pagi semalam, penjenayah yang memecah masuk kedai emas itu gagal membawa lari barangan kemas kerana melarikan diri selepas penggera keselamata­n premis berkenaan berbunyi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek dipercayai masuk ke kedai itu melalui tiang telefon di belakang kedai dan turun ke dalam kedai melalui bumbung.

“Kami percaya suspek seorang lelaki yang turun ke dapur sebelum naik semula ke atas bumbung selepas didapati pintu dapur yang menghubung­kan pejabat premis itu berkunci.

“Suspek turun semula dan menebuk dinding papan lapis di tepi tangga untuk turun terus ke bahagian dalam, namun penggera berbunyi menyebabka­n suspek melarikan diri,” katanya.

Adzli berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek berambut panjang, berkulit cerah, memakai seluar paras betis, berbaju kotak dan memakai beg diturunkan dari sebuah motosikal jenis honda EX5 warna gelap.

“Siasatan bersama forensik menemui enam cap jari di dinding papan lapis terbabit, serpihan dinding pecah dan di laci meja kayu dan tiga calitan peluh pada jeriji tingkap tempat disyaki suspek turun ke dalam bangunan.

“Tiada alat yang digunakan suspek dijumpai di tempat kejadian dan kerugian kerosakan dianggarka­n bernilai RM2,000,” katanya. Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Pada 15 Disember lalu pernah dilaporkan kedai emas berkenaan kerugian RM200,000 selepas disamun pada 2.50 petang.

Dalam kejadian kedua pula pada 21 Januari lalu berlaku jam 10 pagi, suspek gagal membawa lari barangan kemas kerana melarikan diri selepas penggera keselamata­n premis itu berbunyi.

 ??  ?? KEDAI emas di Jalan Ibrahim yang dipecah masuk suspek, semalam.
KEDAI emas di Jalan Ibrahim yang dipecah masuk suspek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia