Harian Metro

Ada pula duit nak

-

Tanah dan rumah. Dua perkataan ini sangat popular sepanjang Januari tahun baharu keemasan ini. Rumah adalah subjek yang popular saya sentuh sepanjang penulisan di ruangan ini sejak 2012.

Isu rumah yang mahal, saiz kecil dan sempit serta jumlah tawaran rumah yang terhad seringkali menghiasi media utama Hong Kong.

Isu perumahan umpamanya mendominas­i tajuk utama akhbar selain berita panas mengenai artis Hong Kong.

Isu perumahan di Hong Kong berkait rapat dengan faktor tanah dan permintaan serta pengagihan sumber ekonomi berkaitan.

Kawasan tanah yang sesuai untuk didiami memang terhad.

Malah kawasan untuk pertanian hampir tiada. Harga rumah yang terlalu mahal serta masa menunggu untuk memiliki rumah juga terlalu lama.

Nampak seperti perkara ini tidak akan sesekali berkesudah­an.

Daripada 7 juta penduduk, kira-kira 3.3 juta rakyat Hong

Kong tinggal di perumahan awam.

Jumlah itu hampir kepada 44.7 peratus penduduk. Kira-kira 3.3 juta orang ini tinggal di perumahan awam yang menerima subsidi tinggi daripada kerajaan.

Rumah inilah yang bersaiz sekitar 400 hingga ke 600 kaki persegi.

Sedikit kecil daripada rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin PPRT Malaysia yang bersaiz 700 kaki persegi.

Terbaharu pemaju perumahan terbesar di Hong Kong iaitu Sun Hung Kai Properties SHKP telah diizinkan untuk membina satu projek perumahan swasta yang terbesar di timur Sai Kung.

Sai Kung ini popular dengan restoran makanan laut terletak di pantai timur tanah besar Kowloon.

Berkeluasa­n tanah 75 hektar, SHKP bercadang membina 9,500 unit rumah ditempatka­n di gugusan flat tinggi lengkap dengan perbandara­n mininya sendiri.

Dalam masa dua hari, hampir keseluruha­n lot utama di Shap Sze Heung ini habis ditempah.

Yang tinggal mungkin beberapa ratus lot parkir kereta yang biasa juga menjadi rebutan pembeli.

Andaikata rumah berharga RM5 juta, lot kereta pula setiap satu berharga RM150,000.

Ini pun mereka beratur dari malam hingga ke malam esoknya demi nak menempah di kaunter.

Kekurangan rumah berserta harga yang mahal banyak menyebabka­n keresahan kepada rakyat.

Orang muda misalnya, pernah beberapa tahun dahulu melakukan protes di jalan raya.

Di dalam gerakan yang digelar

itu. Orang muda melahirkan perasaan kurang senang terhadap pengaruh Beijing terhadap pentadbira­n Hong Kong.

Namun pada saya, isu yang tersirat sebenarnya adalah krisis masa depan Hong Kong yang terlalu mahal untuk didiami.

Ketua Eksekutif yang baharu, seorang wanita pintar dan hebat bernama Carrie Lam Cheng Yuet-ngor sedar keresahan rakyat.

Beliau mengumumka­n bahawa kerajaan sedang melakukan proses penilaian dan kajian terhadap pembanguna­n sebuah bandar metropolis yang baru terletak di timur Lantau.

Lantau adalah sebenarnya sebuah pulau buatan manusia yang dibina hasil tambakan tanah.

Di atas Lantau terletakny­a lapangan terbang antarabang­sa Hong Kong yang baharu serta Taman Tema Antarabang­sa Disneyland.

Bahagian timur Lantau memang kontang, kering dan berbatuan.

Di sinilah kerajaan berhasrat membina sebuah bandar raya yang boleh menempatka­n 1.1 juta penduduk di tanah seluar 1,000 hektar.

Namun, pada saya Hong Kong sudah tidak sesuai lagi untuk sebarang penambakan tanah.

Sudah patut Hong Kong mengkaji untuk membina bandar raya terapung. Jika berlaku taufan dan siklon, bandar ini boleh saja bergerak ke perairan yang selamat.

Seramai 3.3 juta penduduk yang tinggal di Skim Perumahan Awam ini tertakluk kepada satu perjanjian sewa dengan kerajaan.

Syaratnya agak ketat di mana jika berlaku keingkaran dan kesalahan yang dibuktikan di mahkamah, maka penyewa itu perlu keluar dari flat.

Yang hendak masuk menunggu juga ramai. Di dalam enjin carian Public Rental Housing (PRH) Scheme, dipaparkan jumlah mereka yang sedang menunggu untuk masuk adalah 268,500.

Maknanya, dalam kiraan ilmu hisab yang ringkas, seseorang itu perlu menunggu lebih lima tahun untuk dapat tempat dalam skim.

Lima tahun lalu, saya masih ingat kerajaan melancarka­n satu program untuk menerokai tanah baharu dan saya menulis mengenai itu pada 2014.

Ketika itu kerajaan mencadangk­an membina 280,000 unit rumah pangsa.

Kebetulan pada 2014 tersebut, banyak media antarabang­sa melaporkan mengenai perumahan Hong Kong yang sempit, kotor, gelap dan kurang berperi kemanusiaa­n.

Sebagai contoh sebuah ruang seluas 250 kaki persegi, diisi dengan dua unit katil dua tingkat.

Katil di kiri menjadi ruang tidur untuk ibu bapa dan anak. Katil di kanan menjadi tempat meletak baju dan buku sekolah dan bawahnya menjadi dapur keluarga.

Tandas dan bilik air dikongsi diluar.

Pada 2017, Jabatan Banci dan Statistik Hong Kong mendapati bahawa 20.1 peratus populasi tinggal di bawah aras kemiskinan.

Ya, mereka jika datang ke Malaysia memanglah mereka kaya, namun untuk tinggal di

Hong Kong, mereka terpaksa kreatif untuk tidur, berehat dan berkeluarg­a.

Sewa flat subsidi ini murah. Kadar sewa di tiga kawasan kejiranan terbesar iaitu Kwun Tong, Sham Shui Po dan Sha Tin adalah HK$2,500 sebulan bersamaan RM1,300 untuk flat seluar 600 kaki persegi.

Saiz sama atas perkiraan swasta, namun lokasinya di tempat yang lebih baik adalah sekitar HK$10,000 bersamaan RM5,000.

Itu sebab ramai orang berlumba-lumba untuk dapatkan flat kerajaan.

Namun, yang penuh kat Sha Tin setiap kali lumba kuda tu, orang flat tu jugak. Ada pulak duit nak berjudi? Itulah – dunia oh dunia.

Penulis pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia