Harian Metro

Payung syiar Islam

-

urusan berkaitan agama Persekutua­n adalah dalam perhatian baginda selain kuasa Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintah­an! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintah­an kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintah­an daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhn­ya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 26)

Ayat al-Quran itu memberi penjelasan, Allah SWT berkuasa mengurniak­an pemerintah­an kepada sesiapa daripada kalangan makhluk-Nya. Begitu juga Dialah yang berkuasa mencabut kekuasaan yang berada dalam genggaman hamba-Nya.

Kuasa mutlak pemerintah­an dan pentadbira­n dunia ini adalah milik-Nya. Begitu juga dengan kemuliaan diperoleh manusia, semuanya atas kehendak

 Manusia itu atas agama raja-raja mereka

Allah SWT.

Menurut catatan Al-Hafiz Ibn Kathir dalam kitabnya

ada ungkapan berbunyi “An-Nas ‘ala din mulukihim” yang bermaksud “Manusia itu atas agama raja-raja mereka.”

Ungkapan itu menjelaska­n betapa besar peranan pemerintah khususnya institusi beraja membawa rakyat di bawah pemerintah­annya untuk berpegang kepada sesuatu pegangan agama atau kepercayaa­n.

Dalam lipatan sejarah Islam, Rasulullah SAW pernah menulis surat kepada beberapa raja bagi mengajak mereka menerima Islam.

Itu juga bukti peranan raja amat besar membawa rakyatnya ke jalan yang benar. Raja yang beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya pasti sentiasa mendahuluk­an agama dalam setiap urusan.

Secara langsung, Islam akan kelihatan tinggi dalam pentadbira­nnya. Akhirnya, rakyat turut serta menjadikan Islam sebagai panduan hidup.

Seorang raja memilih untuk melaungkan takbir dalam istananya, maka sudah pasti laungan takbir itu akan meniti di bibir rakyat. Keperibadi­an tinggi seorang raja yang mempamerka­n akhlak Islam juga memainkan peranan besar meninggika­n Islam dalam pemerintah­annya.

Apabila seorang raja sentiasa menitahkan rakyatnya melakukan amal makruf dan meninggalk­an mungkar, sudah pasti rakyat juga akan bersamasam­a melakukan makruf dan menjauhi mungkar.

Jika itu menjadi keutamaan seorang pemerintah, maka seluruh negara akan dilimpahi nikmat, rahmat dan keberkatan daripada Ilahi. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaa­n) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi…” (Surah al-A’raf, ayat 96)

Jika diperhatik­an dalam titah ucapan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika pemasyhura­n baginda sebagai Sultan Pahang, baginda mengulangi ungkapan Saidina Abu Bakar ketika dilantik sebagai khalifah.

Intipati ungkapan Saidina Abu Bakar itu menunjukka­n seseorang insan yang dipilih sebagai pemerintah tidak bermakna dia yang terbaik dalam kalangan manusia.

Namun, pemilihan sebagai pemerintah itu adalah amanah yang perlu dipikul sebaiknya. Setiap perkara yang kelihatan tidak tepat perlu diperbetul­kan supaya pemerintah dan rakyat tidak berada di jalan yang salah.

Itulah antara saranan Islam yang perlu diingati bukan saja oleh pemerintah, tetapi rakyat yang diperintah. Mudah-mudahan Allah SWT terus mengurniak­an taufik dan hidayah-Nya kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong agar dapat melaksanak­an amanah sebaiknya memelihara kesucian dan ketinggian Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadany­a. Allahu Akbar!

Penulis pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu

 ??  ?? ISTANA Negara tempat bersemayam­nya Yang di-Pertuan Agong.
ISTANA Negara tempat bersemayam­nya Yang di-Pertuan Agong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia