Harian Metro

Duduk seperti syaitan dalam solat

-

daripada melakukann­ya ialah jika seseorang melekapkan punggungny­a ke bumi dan menetapkan kedua-dua betisnya (ke kiri dan ke kanan, antara punggungny­a) dan meletakkan kedua-dua tangannya di atas bumi seperti duduknya anjing atau selainnya daripada jenis binatang buas.” (Rujuk Syarh Muslim 4/214)

Berkata Tawus r.a: “Kami bertanya kepada Ibn Abbas mengenai duduk iq’a atas dua tapak kaki, beliau berkata, “Demikian itu ialah sunah.” (Hadis riwayat Imam Muslim - 536)

Berkata al-Nawawi: “Dan jenis kedua duduk iq’a ialah meletakkan punggung di atas keduadua tumit semasa duduk antara dua sujud dan inilah yang dimaksudka­n oleh Ibn Abbas sebagai sunah Nabi kamu SAW.” (Rujuk Syarh Muslim 5/19)

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: “Dan Baginda menegah seseorang daripada menghampar­kan keduadua lengannya seperti iftirasyny­a binatang liar.” (Hadis riwayat Imam Muslim - 498 dalam Sahih-nya)

Ini bererti, Rasulullah melarang seseorang sujud dalam keadaan menghampar­kan lengannya seperti cara binatang liar menghampar dengan melekapkan lengannya di bumi. Sedangkan kaifiah yang disunatkan dengan mengangkat lengan dan tidak dilekapkan pada bumi.

Hukum bersila ketika duduk dalam solat pula hukumnya diharuskan. Kata al-Nawawi: Berkata ashab Mazhab Syafie: “Tidak ditentukan cara duduk pada tempat-tempat ini (duduk antara dua sujud, duduk tasyahud akhir, duduk tasyahud awal dan duduk istirahat) suatu cara yang menjadikan­nya sah, bahkan apa cara duduk yang ditemui maka sah sama ada tawarruk atau iftirasy, menjulurka­n kaki atau menegakkan kedua-dua lututnya atau salah satu daripada kedua-duanya, atau bentuk lain selain itu. Tetapi yang menepati sunah ialah dengan duduk tawarruk di akhir solat dan duduk iftirasy selain

Nota:

1. Duduk iftirasy: Telapak kaki kiri dijadikan alas untuk duduk sementara telapak kaki kanan ditegakkan dengan jari-jari kaki kanan menghadap kiblat (ketika duduk antara dua sujud dan duduk membaca tahiyat awal).

2. Duduk tawaruk: Duduk dengan kaki kiri di bawah kaki kanan dan telapak kaki kanan ditegakkan (ketika duduk membaca tahiyat akhir).

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia