Harian Metro

Syak unsur khianat!

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 Peniaga dakwa api bermula dari gerai, bukan litar pintas

“Sebelum ini memang ada isu berhubung tapak yang disewa kira-kira 140 peniaga di Uptown Puchong Permai ini, dan kami mengesyaki kebakaran mempunyai unsur khianat,” kata Zamal Hassan, 44.

Zamal yang juga peniaga di

uptown berkenaan berkata, dia bersama peniaga lain menyedari mereka beroperasi di premis yang tiada Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, mereka tidak pernah dimaklumka­n berhubung perkara itu oleh syarikat pengurusan tapak perniagaan terbabit.

“Penyewa perlu membayar RM500 kepada syarikat yang menguruska­n uptown berkenaan.

“Namun, kumpulan peniaga pernah membuat permohonan lesen dengan Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ), namun masih lagi dalam proses,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Zamal berkata, pihaknya juga percaya kawasan uptown terbabit dipercayai sengaja dibakar individu tidak bertanggun­gjawab.

“Kalau tengok ketika api mula terbakar daripada sebuah gerai, ia bukan berpunca daripada litar pintas kerana ketika itu pasar ini tidak beroperasi pun.

“Sebarang bentuk peralatan elektrik juga tidak digunakan ketika kebakaran berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Keselamata­n Uptown Puchong Permai Abdul Rahim Shah, 59, berkata ketika kejadian dia berada di rumah sebelum dihubungi ketua kampung mengatakan kawasan perniagaan itu terbakar.

 ??  ?? ABDUL Rahim (kiri) dan Nik Imran (kanan) menunjukka­n gerai mereka yang musnah dalam kebakaran di Uptown Puchong Permai, semalam.
ABDUL Rahim (kiri) dan Nik Imran (kanan) menunjukka­n gerai mereka yang musnah dalam kebakaran di Uptown Puchong Permai, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia