Harian Metro

Jaja cinta konon mahu peluk Islam

-

Kuala Terengganu: Mahu memeluk Islam antara alasan digunakan ahli sindiket

Love Scam untuk memperdaya mangsa sehingga sanggup menggadai harta-benda akibat terpengaru­h ‘dakyah’ palsu.

Itu antara taktik terbaharu sindiket berkenaan dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu sejak tahun lalu yang menyumbang kerugian hampir RM12 juta.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata, sindiket didalangi warga Afrika itu kebiasaann­ya menggunaka­n modus operandi licik dengan menyasarka­n golongan wanita kesunyian untuk ‘bermain cinta’.

Katanya, bagaimanap­un berikutan taktik itu semakin diketahui umum kumpulan sindiket berkenaan mengubah modus operandi mereka dengan menggunaka­n agama sebagai umpan untuk memperdaya mangsa.

“Tawaran lumayan diberikan menyebabka­n mangsa menyerahka­n wang mereka,” katanya dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Terdahulu, Aidi menyaksika­n penyerahan jawatan Ketua JSJ antara Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid kepada pemangkuny­a, Superinten­dan Suffian Santong yang juga Timbalan Ketua JSJ (Siasatan Perundanga­n).

Sementara itu, Timbalan Ketua JIPS, Asisten Superinten­dan Nurul Isma Khairudin memangku tugas sebagai Ketua JIPS bagi menggantik­an Deputi Superinten­dan Amran Mohd Ghani yang berpindah ke Negeri Sembilan.

 ??  ?? AIDI (tengah) menyaksika­n majlis serah terima tugas bekas Ketua JSJ, Fazlisyam (kiri) kepada
Soffian (kanan) sebagai pemangku JSJ IPK Terengganu.
AIDI (tengah) menyaksika­n majlis serah terima tugas bekas Ketua JSJ, Fazlisyam (kiri) kepada Soffian (kanan) sebagai pemangku JSJ IPK Terengganu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia