Harian Metro

Ramai tiada cukai jalan

-

Kuantan: Menggunaka­n kenderaan tanpa cukai jalan antara kesalahan paling banyak dikesan dalam Op Khas Motosikal Sempena Tahun Baharu Cina 2019 Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Pahang di empat lokasi di negeri ini, malam kelmarin.

Pengarahny­a, Mohammad Abdullah berkata, kesalahan itu mencatatka­n statistik tertinggi dengan 126 kes diikuti 86 tiada lesen memandu.

“Dalam operasi ini, sebanyak 231 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan dan 75 notis larangan penggunaan kenderaan serta notis arah periksa turut dikeluarka­n manakala enam kenderaan dikenakan tindakan sita.

“Operasi diadakan serentak di empat lokasi iaitu di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, Jalan

Beliau berkata, Op Khas Motosikal itu disertai 345 anggota termasuk pegawai JPJ, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Turut terbabit pegawai Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Katanya, dalam operasi bermula jam 8 malam hingga jam 12 tengah malam itu, polis turut mengeluark­an 35 saman atas pelbagai kesalahan.

“AADK pula melakukan saringan air kencing ke atas 38 pengguna jalan raya dan empat daripadany­a didapati positif dadah manakala JPN mengesan satu individu tidak mempunyai kad pengenalan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMAD (kiri) memeriksa dokumen dalam Operasi Tahun Baharu Cina di Terminal Sentral Kuantan, semalam.
MOHAMMAD (kiri) memeriksa dokumen dalam Operasi Tahun Baharu Cina di Terminal Sentral Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia