Harian Metro

Patuhi larangan kenderaan berat

-

Kuantan: Pengusaha dan pemandu kenderaan berat di negeri ini dinasihati mematuhi larangan menggunaka­n jalan raya sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Larangan berkuat kuasa selama lima hari iaitu bermula kelmarin, semalam, hari ini, 9 dan 10 Februari ini membabitka­n trak tunda yang muatannya melebihi 7.5 tan, lori kontena, kren bergerak dan lori pembancuh simen.

Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Pahang, Mohammad Abdullah berkata, bagi setiap kategori kenderaan berat ia mempunyai tempoh masa ditetapkan berdasarka­n saiz kenderaan itu.

Katanya, tempoh larangan selama lima hari dikenakan ke atas trak tunda ketika tidak menunda kenderaan motor dan treler tiang.

“Tempoh larangan bermula jam 12 tengah malam hingga jam 6 pagi pula membabitka­n lori kontena yang mengangkut barangan selain lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri sama dan sebaliknya.

“Kren bergerak dan lori pembancuh simen, tempoh laranganny­a bermula jam 6 petang hingga jam 6 pagi dalam jarak 25 kilometer dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi dibenarkan di jalan tertentu,” katanya.

Mohammad berkata, sempena perayaan Tahun Baharu Cina bermula pada 29 Januari lalu hingga 12 Februari ini, seramai 327 anggota bertugas.

Katanya, pihaknya turut mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) dan Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM).

“Sepanjang tempoh perayaan, kita meminta semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan terutama mengelak daripada memandu melebihi had laju, memotong garisan berkembar dan menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu,” katanya. Tanjung Lumpur, di sini, Jalan Tengku Ismail, Temerloh dan Jalan Cheroh-Raub di Raub, dengan hampir 1,000 kenderaan diperiksa,” katanya ketika ditemui selepas operasi di Jalan Tanjung Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia